Sukawati & Massage

on the way balik, stop kejap kat Padi Field di Tenggalalang.
tapi sebab masa ni padinya sudah dipotong, jadi tidaklah begitu menarik kot.
lagi pun kedudukannya tepi jalan sempit yang sibuk gila.
dan nak tepi lereng bukit plak.
so memang takde turun pun dari van.

dalam 2 jam perjalanan kot baru sampai kat pasar sukawati.
hah korang kena ingat yer perjalanan dari satu tempat ke satu tempat kat bali ni adalah menjauh.
paling dekat pun aku rasa sejam kot.
memang sempat la kalau ko kaki tidur, nak berdengkur dalam van.

kat pasar sukawati nak buat apa lagi.
nama pun pasar, so shopping yok!

ramai sangat oh orang masa ni.
ko pandang kanan orang ramai, ko pandang kiri ramai orang.
tapi peniaga kat sini very the berdisplin.
takde nak tarik tarik ko ke hapa.
dan kalau ko tengok pastu tak beli pun takde dimaki ko.
bagus bagus..
aku beli a few things jugak kat sini 🙂

usai shopping kami nak pergi berurut!
yeay.. inilah yang ditunggu tunggu.
natural relaxation spa centre ni pak million yang suggestkan.
alah, aku tau mesti dia dapat komisyen kan?

diberi welcome drink.
air orange je pon.

dan diberi penerangan sebelum dimulai.
tapi kan, aku lupa la plak berapa harganya sorang. adoiyaii..
yang pasti murah la kalau compare dengan kat malaysia.

aku lupa la plak nak bawak kamera masuk dan snap gambar.
so tak ada gambar lah.
cuma yang bawah ni belah kiri tu tempat kami berjakuzi.

memula diberi ko two pieces bikini tu.
bra ngan spender kena bukak la.
ko pakai je two pieces tu.
pastu ko masuk dalam jakuzi air panas tu dalam 20 minit kot.

kemudian masuk plak dalam bilik sauna dan berpanas selama 20 minit jugak.
ada arang batu dalam tu, kiranya guna method tradisional la kot.

kemudian dibawa ke bilik dan diurut.
tapi nama pun balinese massage. jangan la ko harap cam thai massage plak. ada lipat lipat badan semua kan.
ini mereka urut secara lemah lembut gitu.

urut sebelah menyebelah dengan encik z.
kemain lena ko yer encik z diurut.
dalam 45 minit urut, masa untuk mandi bunga.
masuk dalam bath tub bersama encik z lalu beronok ronok.
awummmm…..

kemudian shower pun bersama sama (eh perleww ke cerita?)
dan kemudian selesai lah sudah sessi urutan aromaterapi ini.
dah alang alang sampai bali kan, haruslah ko try.
cumanya nasib nasib la kot dapat tukang urut yang best dengan tidak.

lepas urut mau dinner plak.
ok bersambung…

10 thoughts on “Sukawati & Massage

  1. bestnya beronok eh berurut
    oh pastu g dinner ek?
    igt continue kt bilik
    lalalalala

Comments are closed.