Sabarlah Dalam Bersabar!

akhir-akhir ni aku suka baca majalah Solusi. panduan hidup bersyariat.
sebab nya kan, pertama tama of coz artikel dalam ni semua pun berunsur keislaman.
dan paling penting bila aku baca cam rasa banyaknya benda yang aku tak tau.
kira bila aku baca cam tak banyak, sikit memang rasa menginsafkan.

first keluaran aku baca hari tu berkisar tentang sabar.
adalah sangat best bila membaca lebih lebih lagi untuk orang macam aku yang kurang kesabaran.
bila baca terus cam banyaknya kelebihan orang bersabar.
tapi memang susah nak jadi seorang yang penyabar.
comel kan ayat sabarlah dalam bersabar tu.. 🙂

sesekali memang bagus untuk baca majalah-majalah macam ni.
aku memang suggest la kat korang beli majalah solusi ni.
confirm akan teralit ralit je membacanya.
dan isu Sabar dalam Isu No 31 baru baru ni benar membuat aku terpukul.
berkenaan Sabar.

Apa itu Sabar?

Dari segi bahasa sabar bererti menahan atau mengekang.
Dari segi praktiknya pula, sabar bererti menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.
Lawan kepada sifat sabar adalah sedih dan keluh-kesah.

Sabar itu cukup indah.
Tetapi di manakah keindahan itu?
Bukankah untuk bersabar begitu sukar?
Ya, bukannya mudah untuk tersenyum ketika ditimpa musibah, dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah.
Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan, apakah kita mampu tersenyum?
Mengapa yang sukar, pahit dan pedih itu dikatakan indah?

Sabar ialah hati yang tenang, lapang dan tenteram adalah apabila hati hamba itu hanya mengadu kepada Pencipta-Nya tatkala berdepan dengan ujian dunia.
Mungkin hati yang sebegitu belum kita miliki, namun itulah hati yang menjadi idaman dan perjuangan untuk mendapatkannya.

Ya semoga kita terus bersabar dalam mendidik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu kerana kita yakin keindahan bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan.
Jalan menuju sabar yang indah itupun sudah indah! Alhamdulillah.

-petikan dari Ketua Editor Solusi

Sabar itu ganjarannya syurga.
Dan dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga.

Sesungguhnya…

Marah Itu Mudah.
Sabar Itu Indah.

(L) (L)

14 thoughts on “Sabarlah Dalam Bersabar!

  1. yelah asik nak marah je wat pe
    baik belajar bersabar banyak2
    mesti Allah bagi ganjaran
    InsyaALLAH

  2. menahan kemarahan itu bukan mudah, kerana kita manusia biasa yg selalu terlupa, namun kita boleh berusaha kan..semoga ALLAH memberikan hidayah dan memudahkan urusan kita.. 🙂

  3. selalu orang nyebut sabar tuh kan separuh dari iman…so bila iman kita kuat..insy’allah sabar itu sememangnya indah..cuma kita tak melihat dimanakah keindahannya hanya dapat merasai 🙂

  4. sabar. yg pasti sgt kurang di situ. tiap kali pun mcm cuba utk LEBIH bersabar. cuma kadang2 terbabas jua

    • ye la, kita manusia biasa. bkn manusia luar biasa.
      punya hati, punya perasaan. bukan mudah nk jadi manusia penyabar

Comments are closed.