Mari Serang Belog Itu!

entry ni takde kena mengena dengan penyerangan pada mana-mana belog yer.
itu translate dari attack the block.
iaitu movie yang aku tonton baru baru ni, lepas makan kat restoran belanga yang memahal tu.

kak dina shout shout kat facebook dia bagitau yang dia ada 2 voucher tgv.
aku pun dengan melaju kata nak nak.
sekejapan kak dina muncul lalu voucher pun bertukar tangan.
sms encik z lalu ke midvalley lah kami.

oleh sebab balik kerja pun dah pukul 6, harus limited edition sikit la movie yang boleh ditonton.
aku plak taknak lewat-lewat sangat nanti penat lah.
last last dapat show pukul 8.15 malam. filem attack the block.

harus tak tau cerita ni tentang apa, sapa pelakon.
tapi tapi tapi. pilihan untuk menonton movie ini adalah tidak mengecewakan.
mengisahkan tentang alien yang dah jatuh ke bumi.
yang jatuh sekor jer.

tapi ada plak sekumpulan budak budak nakal yang sudah bunuh sekor ni.
betina lah pulak.
pastu ada beribu ribu alien lain yang jantan sudah turun mencari alien betina ni mau membalas dendam. revenge time.

sekumpulan budak-budak nakal ni ada 5 orang.
diketuai oleh moses. kira moses ni la yang bunuh alien betina tu.
makanya alien jantan lain turun nak cari moses la.
tapi 2 dari budak 5 orang ni terbunuh.

alien punya rupa paras adalah binatang berbulu berwarna hitam tiada bermata. eh ada mata tapi takde bebola mata kot.
warna hijau turqoise gitu matanya.

kesimpulannya (tiba tiba kesimpulan) filem attack the blog adalah best.
lagi best sebab diorang cakap accent british.
ala-ala s club 7 tu. terus rasa cam menarik tertarik.
nanti nak cari dvd lah.

6 thoughts on “Mari Serang Belog Itu!

Comments are closed.