Lembut Keww??

jumaat lepas aku gi kerja naik motor ngan encik z.
pukul 5 petang dah berdesup balik.
takut jugak lah sangkut dengan jem.
maklumlah dengan kes #bersih segala ni.
mak tak campur yer.

berdesup tak terus balik rumah.
ke keramat dulu sebab mau amik apam polkadot dengan shida.
silap aku tak bagitau aku sampai awal.
yang si shida ingatkan aku sampai dalam 6.30 petang gitu.
so mendapatlah aku kena menunggu dia bungkus apam-apam itu.

sesambil menunggu, aku cuba lah beramas mesra dengan anak anak shida.
dulu si ara ni cam menyombong sikit dengan aku.
tapi di hari kejadian kemain ramah tamah dia dengan aku.
so apa lagi, aku pun cucuk jarumlah.
memang rajin dia melayan aku borak.
haruslah aku suka. dah la comelllll…
suara plak serak serak basah macam pelakon mia sara tu.
menggeram je aku.

ajak bergambar pun dia melayan.
aku cakap ngan shida, nanti bebila ko drop la ara kat rumah aku.
aku nak beli satu set mekap ajak dia main mekap mekap.
ara ni suka mekap. ikut perangai mak dia la kan.
takkan ikut perangai apaknya piula.

yang ni dhia. adik kepada ara.
yang ni plak malu malu kucing.
nak amik gambar dia dok elak elak.
last last dia sembunyi belakang bantal.
tapi mulut dok sengih sengih.
sumpah bila tengok dhia ni aku teringat kat ikin.
muka dorang sama oh.. 🙂

ara amik handphone aku snap gambar sana sini.
memula dia amik goyang.
pastu aku ajar suruh dia statik sampai gambar keluar lepas snap tu.
bijak budak ni. cepat belajar.
tengok gambar ni dia snap. elok je takde goyang goyang.
good job ara!

sebelum balik shida suh dia kemas toys dia yang bersepah tu.
dia menjawab ‘ibu la kemas’
terus aku cakap ngan dia. kalau ara kemas, nanti next week acik datang, acik bawak mekap.
wah acik kata ko..

mekap? ok. acik bawak lipstik, eyeshadow, blusher, rantai, cincin, kasut, handphone.

haisyooo demand anak ko shidot!
bangkrap mak, nyah! (H)

inilah dia apam polkadot yang dibuat oleh shida.
actually aku tolong amik tempahan jer.
apam ni dibeli oleh sorang silent reader aku, emmy.

besoknya tu emmy datang la collect kat rumah aku.
dia call aku pagi dalam pukul 10 camtu.
aku baru bangun tidur. harus suara serak serak itik serati.

bila jumpa je kan, si emmy kata suara aku lain.
suara aku lembut dalam fon.
kakakakaka.. lembut ke yang?

sebab katanya dalam blog aku cam menggarang jer kan.
so dia bayangkan suara aku garau garau kot.
ramai orang kata suara aku dalam fon macam suara orang nak menangis.
heeeee…

anyway tq sebab tempah apam polkadot tu ek emmy.
ada rezeki sok kita lepak lepak chit chat cemolot ek. hikss..

21 thoughts on “Lembut Keww??

  1. mana gambar apam tuuuuuu…mmg comel lah si ara tu, main mekap2 ngan budak2 mmg seronok tp sy tak ajar pun anak main mekap2 ni, harus bersepai nanti mekap sy dikerjakan, cheapskate kann 😉

  2. aku suspek shida pny apam lain rege sbb kaler dia cantik2 la
    terang2 kaler dia
    nnt nk try gak la oder ngan dia..

    suara ko mmg lembut
    tgh gosip marah2 pn lembut jek..hahhaaa

    • haa nanti bebila boleh la try order apam polkadot shida plak.. lebih banyak flavour.

      hahhaha.. itu namanya gossip dalam iman :-p

  3. lembut yer…a’ah lembut..hehe
    ko tunggu bila kakak aku ni semangat bercerita…tune mesti lari sikit.
    tapi masih undercontrol…muahahahah! 😛

    • wah ila pun terror buat apam polka dot ek? jeles jeles..

      lembut ha? cer recall balik macam mana saya ajuk cakap si jayanthi & anne.
      lembutttttttttttt la sangat kan? he he he

    • aah mula2 tgk mmg rasa sayang je nak makan.
      tapi tak makan kang kerugian plak :-p

Comments are closed.