Kata Tanah Melayu?

oleh sebab ada lebih 40 keping gambar nostalgia tanjong pagar aku ni, so aku pecahkan kepada 3 entry yer.
kita mulakan dengan entry pertama.

ok dari MRT tanjong pagar aku naik cab ke spooner road aka kampung baru.
pada yang first time baca blog aku ataupun cam tak penah tau ke, ni aku bagitau.
dulu masa kekecik aku pernah tinggal kat spooner road, singapore ni.

masa tu darjah 5, darjah 6 dan kejap masa form 1.
arwah abah aku allahyarham mukhtar abdul rahman merupakan station master kat station keretapi tanjong pagar ni.

bila dapat tau je tentang singapore nak amik alih station tanjong pagar ni, terus aku bagitau encik z yang aku teringin sangat nak pergi sana.
bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang begitu memahami, jadi ke tanjong pagar lah kami.

perumahan spooner road ni tak silap aku ada lebih kurang penempatan 300 keluarga kot. lebih kurang la. aku tak berapa ingat.
masa aku pergi ni, dah tinggal sehari je lagi untuk diorang kosongkan.
jadi haruslah memang dah tak ramai yang ada.

kebetulan pakcik saudara sepupu, pakcik jalil aku masih ada lagi.
tu yang aku roger dia dan menyinggah ke sini.
gi rumah dia lepak lepak jap. lepas tu mulakan misi melawat rumah jiran jiran lama.


: : cik dayah & cik ani : :


: : ke rumah lama ku : :


: : #03-68. di sinilah dulu aku dan keluarga pernah bermaustatin : :


: : sekarang cik ida duduk : :


: : dari rumah lama ku, ke blok sebelah rumah cik dayah & pakcik yusri plak : :


: : apa aje yang aku dok gebang tu ek? : :

ko tengok anak-anak cikdayah tunjuk perasaan lukis kat dinding.
aku paling tertarik yang diorang tulis ‘kata tanah melayu?’
sangat mendalam kan.
budak budak ni dari kecil sampai besar duduk sini.
so wajib lah rasa sayu nak tinggalkan kenangan kat sini yer tak?

12 thoughts on “Kata Tanah Melayu?

  1. mestilah diorang terasa kan…

    last month bila kerajaan kata nak amik rumah kitorang untuk dijadikan padang sekolah, saya dah menangis2 kak walaupun rumah tu baru 7 tahun duduk….
    alhamdulillah kerajaan x jadi amik rumahku syurgaku tu…
    kesian kat diorang kan kak….

  2. kampung siglap mak aku dah lama berkubur…. sampai skang takde buat apa2 pun kat situ, jadi tanah lapang jer…..! baru2 ni balik sana pun, aku bawak laki aku pi sana, tunjuk tempat aku berak masa kecik2 hahahahaha

    • mesti pening kepala laki ko layan ko pot pet kan. macam aku jugak!
      tapi diorang sayang kita kan kan kan

Comments are closed.