De’ Warung

baru baru ni aku gi makan kat de’ warung.
bertempat di plaza prima setapak, jalan genting klang.
dapat tau pasal restoran ni dari brocuhure.
dah lama gak kot tengok kat brochure tapi nak gi tak gi gi gak.
sehinggalah di satu hari yang permai minggu lepas, baru lah kepergian. gitu.


: : promotion : :


: : suasana dalam de’warung : :

aku pergi petang lepas kerja.
dalam 5.30 petang camtu kot. tu yang gamaknya agak kesunyian.

tak banyak sangat kot pilihan makanan kat sini.
aku rasa dia nya tema cam lebih kurang untuk ko datang melepak dengan kengkawan, makan lite lite sahaja.

ini yang kami order.
encik z minum nescafe ais kot.
rancak terlupa haihh laki aku minum apa.
aku minum ice lemon tea.

aku makan soto.
tak berapa sedap lah rasanya.
selalu aku suka je makanan berunsur sup ni.
tapi yang ini tak boleh go plak.
tak habis pun. rasa suku je kot aku makan 🙁

encik z amik set yang berharga RM8.90.
ada nasi lemak. dapat 2 ketul otak otak.
otak otak nya tak sedap. kecil lagi pula. adoiyainyer pun.
pastu ada satu lauk iaitu sambal udang.
dan kemudian pilihan 2 jenis kuih muih.

taktau apa nama 2 jenis kuih yang aku pilih ni.
aku pilih sebab warna nya meriah.
tapi sib baik dedua pun adalah sedappp…
so next time datang sini makan kuih saja lah.

harga boleh tahan mahal kot.
tapi sekali sekala nak cuba apa salahnyer yer dok.
aku punya style memang suka mencuba.
sebelum cuba tu, kemain menghentak hentak kaki nak.
bila dah cuba, dan tak sedap pula, terus menikus berdiam diri.
tehehehe..

12 thoughts on “De’ Warung

    • kalau tak sedap tapi pegi lagi taktau la nak kata apa..
      eh pegi boleh. tapi kena makan benda lain laa..

  1. cikitnye sambal nasi lomak tuh…tk besh mkn nasi lomak kalau sambal sikit..dari dia letak otak2 baik letak seketul ayam..berbaloi gak dgn harganya 😉

Comments are closed.