Bersalji saljian

lepas main indoor game semua, kitorang masuk dalam snow world ni plak.
tapi kaklong ngan encik z tak masuk.
kaklong dah berapa ratus kali merasa snow sebenar kan. apa dia kisah.
encik z plak kata dia nak snap gambar kitorang dari luar.
so yang masuknya mama, yaya, caca ngan aku saja.

korang pun tau dalam snow world ni mana boleh snap gambar kan.
jadi caranya adalah dengan berdiri dekat dengan kaca, lalu encik z try cari sudut yang menarik tertarik. dapat la jugak sekeping 2.
jadilah dari takde.

yaya boleh tahan lagi sejuk ni.
dia dok sibuk main gelongsor kat belakang tu.
si caca ni yang dok merengek rengek.
sejuk mommy. sejuk.
dah la glove dia tu longgar, asyik la tercabut cabut.
bila tercabut lagi la dia dok hentak kaki sejuk sejukkkk…

dapat jugak gambar berempat.
tak berapa terang tapi ok lah kan.. 🙂

tapi ada jugak lah orang dalam snow world tu snap kan.
mama amik 3 keping yang diorang snap. berapa ringgit aku tak ingat dah.
mama memang suka simpan gambar gambar kenangan ni.
bila tengok gambar bawah mama tengah tengok gambar snow world tu, rasa cam sebak plak dalam hati aku.
tak tau lah kenapa. haishh…

dari snow world, caca nak main lagi 2 game. so layan.
lepas tu dinner kat KFC, pastu balik hotel.
esok nak pergi outdoor plak.
TBC… 🙂

13 thoughts on “Bersalji saljian

    • betul betul. sbb tu diorang suka kamera yg letak kodak tu, senang nk cuci.
      kamera sekarang digital payah nak cuci kan.. semua pun simpan online

  1. kirim salam mak cik norma yer kak….sure mak julie pon suke kalau jumpe..jom bawak diaorang jumpe..sabtu ni mak n ayah ada kat gombak..

Comments are closed.