Baju Kurung Tradisional Pertama

semangat aku siap beli buku belajar menjahit ni ha.
sebab nota yang aku dapat dalam kelas menjahit aku tu tak berapa handsome ah.
yang dalam buku ni lebih menarik dan senang faham sebab ada illustrasi bergambar.
beli kat MPH RM21 sahaja.

kelas menjahit aku dah masuk ke fasa seterusnya.
hari tu buat baju sekalian leher.
rasa part ni paling susah kot.
sebab ko kena tebuk lubang leher tu molek molek.
kang buat baju customer tercekik, tak pasal aku plak dicekik nanti.
ceh ceh ceh dah berangan baju customer ni.
walaupun jahit baju sendiri pun merangkak tertiarap.

selain dari tebuk lubang leher, jahit getah pun adalah jua mencabar jiwa dan minda.
mula mula ko kena potong ikut formula.
kelas kan jahit baju pun ada formula.
dah la matematik kat sekolah dulu menggagal.
harus terkial kial nak buat formula ni.
tapi demi cintaku pada dunia menjahit, harus gigihkan jugak. *nangis

lepas tu pengeras dan getah kena potong.
kemudian cantumkan. kemudian jahit.
eh beria aku cerita ni buat apa.
macam lah korang nak menjahit pun kan adoiyainyer pun.

hari tu jarum mesin patah lagik.
sebab terlanggar besi zip. matikk laa..
kemudian jari tercucuk jarum jugak sampai berdarah ;-(

tapi tapi tapi..
berkat kesabaran dan ketabahan di dada, tadaaaaaa….
baju kurung tradisional pertama hasil titik peluh petani ku.
vavavavva..
aku letak kat facebook, amboiii berderet deret komen.
permintaan gitu gini.

bawak bersabar yer anak-anak.
biar aku mantapkan dulu ilmu di dada.
esok aku dah beli mesin jahit sendiri baru aku mula bukak tempahan yer.
untuk testimonial aku caj RM20 jer.
dengan syarat, kalau tak puas hati, sila jangan maki.
wah dah macam tagline lah piula.

aku dah mula potong kain baru untuk baju ke 2.
caiyokkk…

24 thoughts on “Baju Kurung Tradisional Pertama

  1. maju mya maju……..wahhhhhh cun apa baju hasil tangan pertama…

    bolehlah try lepas ni..hantar baju Mia dulu lah..
    kalau tak cun…takderlah hang kena maki…muahuahua

    • hantar baju alieyah dulu arr.. eh tapi nanti nanti.. tunggu saya beli mesin jahit duluuu

  2. jeles nie..ni yg nak blaja jahit jugak nie..tp ntah bile la..huhu..chaiyok chaiyok kak mya

  3. Wah Normaya ….. kagum nyer aku…. aku dulu ada gak belajar buat baju .. tapi mmmg hancus baju tu aku kerjain…. semenjak itu .. mmg aku tak mo dah pegang n jahit baju… tu belum campur tangan tercucuk jarum mesin… tergunting jari… yang tak leh tahan tu ada formula kan… tu yang paling aku fail… kakakakkaka

    • hah part formula tu mmg tak boleh blaa.. terus aku maki dalam hati.
      sebab nak maki cikgu tak berani wakakaka

Comments are closed.