Semua Pun RM1

area rumah aku ni kan, makin lama makin meriah tau.
kedai kedai dah banyak bukak. gerai gerai makan takyah cerita lah, berlumba lumba bukaknya.
sedap tak sedap belakang cerita, yang penting banyak choice gitu.

salah satu gerai yang baru dibukak berdepan dengan rampai business park ialah putra corner ni.
sebab tak pernah try, so kita try lah.

encik z makan char kuey teow, encik z kata tak sedap.
aku cuit cuit jugak lah. so so kot.

aku try asam pedas claypot ni ha.
aku amik ikan kembung saja.

didatangkan sekali dengan nasi putih, sambal belacan, telur masin dan sayur kobis.
dari diorang bagi sayur kobis kan, aku rasa better bagi ulam ulam je kot.
sebab sayur kobis ni cam lendir lendir plak aku tengok.  huhu…
rasanya? pun so so. so so meaning takmoh dah la makan kot.

sebelah gerai ni, ada jualan barangan RM1.00.
nama pun seringgit, haruslah menyibuk singgah nak tengok apa yang ada kan.

macam macam ada kata ko…
dari barangan rumah, stationery, peralatan berkebun, memasak semua pun ada.
semua pun RM1.00.

terjebak lah aku beli barang barang di bawah.
13 items. sama dengan RM13. agak berbaloi lah di situ.

kalau teringin nak usha usha apa ada kat kat kedai RM1.00 ni, letaknya kat rampai business park. berdepan dengan row old town white coffee dan wahab cendol, k?

12 thoughts on “Semua Pun RM1

  1. kat belah2 utara ni banyak gak gerai cam tu, gerai RM1 la, RM1.9o la..kadang2 tu berbaloi gak beli, tapi kena tgk barang apa la kan..

    • mau ada pertumpahan darah berlaku kalau ada flight ticket RM1 yang boleh dibeli di kedai begini..

  2. Alamak..cendol pak wahab tu tak penah pegi lagik. Lama da plan nak pegi. Tak terpegi.
    Eh. Mya citer pasal gerai singgit, yg sy pi komen pasal cendol wahab plak. Teehee. (*)

  3. kalau kedai sehengget mahupun 2 hengget nih..membeli kene nengok barang2nya..ada yg ok padan ngan harganya..ado yg rasa xcaya pun ado dgn harga yg ditawarkan…sebagai pengguna kita harus bijak menilai… 😉

    • ada jugak barang yang sepatutnya dalam 80 sen, 60sen, tapi dijual RM1.
      sana rugi, sini untung.. balance la kot..

  4. berbaloi2 la tu
    wey ko belajar jahit kt mana?
    aku dok usha kolej komuniti je
    yuran pn murah
    RM20 utk 3 sesi kelas

    • murah eh kolej komuniti.
      kat area rumah aku mana celahnya kolej komuniti. takdok kot.
      aku belajar kat wangsa maju. dekat je ngan rumah aku.
      yuran agak mahal, tapi sokayyy laa.. jangan aku hangat-hangat tahi ayam sudah.
      mau kena bambu ngan encik z

Comments are closed.