Secretarial Skills. Katanya…

30 dengan 31hb mei hari tu aku attend course kat hcdc pj.
register pun last minute. tetiba dapat so zass je lah kan.

hari pertama bapak awal aku sampai. kul 7.30 pagi dah tercongok.
hari kedua konon taknak awal sangat, keluar la lambat sikit.
dah la hari hujan. so jalan jem tak hengat punya.
ngam soi aku sampai 8.30 pagi sampai.
tapi trainer tu plak lambat. dekat sejam oh baru dia datang.

nama course pun secretarial skills.
so haruslah semua pun berkisar kesetiausahaan.
tapi ntah lah aku rasa cam tak syok je course ni.
trainer dia agak memboring.
tak kelakar. tak buat lawak.
bila kitorang buat lawak cam tak berapa nak gelak. kesian.

aku rasa cara dia ajar macam kitorang ni baru nak amik diploma kesetiausahaan gitu.
ntah. aku rasa bosan kot.
tapi nasib baik dapat group yang happening.
nama group GEGIRL ko.. nangiss..
dok gelak je la memanjang. expecially dengan kak ina yang sengal tahap tak dapat nak dibantu dah.

pastu ramai gak aku kenal dalam course ni.
so adalah seronok.

: : kak zu, jue, faz, kak ina : :

lunch time ambik bilik. lepak dengan tina.
borak borak ngan dia best.
oh kitorang ni ala ala batch terakhir jugak yang course kat sini.
sebab lagi sebulan 2, hcdc akan pindah ke tempat lain.
lebih dekat dengan HQ.
so semua akan tinggal kenangan lah nampak gayanya yer.

siapa lagi ada ek, ermm.. ana, kak sita, kak liza, kak yan, nadia, izan dan aniza.
2 orang kumbang dari inceif.
walaupun course tak best, tapi sekurang kurangnya dapat la aku lari dari ketegangan kerja kat office nun.

yes, saya dalam keadaan yang sangat sangat stress sekarang.
haishh… 🙁

2 thoughts on “Secretarial Skills. Katanya…

    • akak dpt gi langkawi tu pun dah sujud syukur tau..
      kalau dapat gi course oversea, harus lapanploh entry akak

Comments are closed.