Pustaka Peringatan P. Ramlee

aku macam takde cerita je dalam blog yang yaya datang kl cuti sekolah ni kan?
tapi dalam fb dengan twitter memang ada.
ok takpe lupakan yang tu.
antara aktiviti yang dibuat masa mama ngan yaya datang sini adalah ke genting highlands.
tapi gambar tak habis upload lagi kat fb, itu pasal tak boleh nak update kat sini lagi.

cerita miri / brunei pun tak selesai lagi.
minggu depan aku dah nak gi bali pulak.
haiyaa… sungguh tidak kecukupan masa plus pemalas pun yer.
satu persatu lah eh…

ok salah satu aktiviti bersama yaya ialah ke pustaka peringatan p. ramlee.
sekangkang kera je dari jasmine. so apa salahnya. ke sana lah kami.

patutnya dalam pustaka peringatan p. ramlee ni tak boleh amik gambar.
tapi bila tengok ramai je orang selamba amik gambar, aku pun selamba gak la. he he..

apa motip aku bergambar tayang ketiak ntah.
pastu muka mencomot dan menggemuk. apa apa je la eh..

nie kereta yang pernah digunakan p. ramlee.
apa hal lah kemeja aku tu terjungket naik tu. hishh..

ok dibawah ialah jadual lawatan.
siapa yang belum pernah datang sini boleh lah eh bawak mak apak datang.
tau je lah orang tua kan.. sebut nama p ramlee, mesti dema suka.

dalam pustaka peringatan p ramlee ni dipamerkan semua tentang beliau.
memang enjoy lah bila ko tengok IC dia, paspot dia, surat cinta dia pada saloma, baju, typewriter dan macam macam lah.

Alamat :-

Pustaka Peringatan P Ramlee
No. 22 Jalan Dedap
Taman P Ramlee (formerly Taman Furlong)
Setapak
53000 Kuala Lumpur
Malaysia
03 – 4023 1131

Masuk percuma tapi donations adalah dialu-alukan.
Oh yer, boleh beli cenderamata jugak kat sini.
So, tunggu apa lagi 🙂

12 thoughts on “Pustaka Peringatan P. Ramlee

  1. betul tu ayah kita suka la ni..
    ari tu ada dia tny tmpt ni tang mana
    nanti nak pegi jugak la
    lagi2 free kan..lalala

  2. pernah melawat sekali je tempat nieH..
    tu pun masa sekolah rendah
    lepas tu tak pegi-pegi dah
    walaupun selalu lalu gak lalu lalang kat sini
    nak bawak si Paim kang
    dia nampak bukan2 plak..huhuhu

    • tunggu paim besar la kot baru bawak.
      betul jugak tu kan. takut gak kot nampak yang tidak tidak.. huhu…

  3. Dulu pernah pergi Muzium P.Ramlee kat Penang.. Sama gak,, kepunyaan pihak Arkib Negara.. Tak leh amik gambar dalam muzium tu,, tapi dalam rumah P.Ramlee kitorang bergambar sakan.. Sekali seseorang masuk,, lelaki yang agak berumur datang kat kitorang cakap yang tak boleh nak amik gambar.. Padahal dah banyak kitorang posing dalam rumah tu.. Hahaha,,

    Entry Terbaru : SPRM Siasat Ketua Menteri Sarawak Berhubung Kes Balak

    • woh kat penang pun ada ek muzium p ramlee..
      kena la saya pegi sana plak nanti 😀

Comments are closed.