ahad lepas lepas aku gi nonton nur kasih the movie.
walaupun aku tak pernah layan yang drama punya tapi rasa cam nak jugak tonton yang movie nie.
sebab takkan la cerita ni betul betul ikut drama sangat kan.
mesti ada perubahan here n there kan.
so pegi.
baru 5 minit pertama cerita aku dah nangis.
acaner tu?
masa ilyas tanya kat bapak dia ‘ayah nak tidur dengan siapa?’
adeh dehh..
pandai betul dak ilyas ni berlakon.
dengan mimik mukanya.
yer la budak besar ni kehilangan mak.
emosi dalaman ok.
eh nur mia sara tu pun berlakon alahai comelnyaaa….
paksu sakit banyak ke sakit sikit?
sakit sikit.
nasib baik sakit sikit. kalau sakit banyak mati macam umi.
alololololo…
lepas tu yang masa adam dapat tau nur pregnant.
walaupun patutnya itu babak gembira kan.
tapi kegembiraan yang penuh kesebakan plak bagi aku.
aterr dah banyak kali keguguran.
tiba-tiba pregnant. gila kau tak terasa.
pastu yang masa kat jordan tuh.
weh cantiknya jordan eh.
expecially yang masa diorang dalam train tu.
nampak pemandangan indahnya.
nur amina kata macam lukisan.
adam jawab lukisan Allah.
rasa cam sweet sweetnya.
yer la aku rasa laki bini skang mesti cam lebih wah.. bapak cantik nya!
yang si laki mesti jawab lawa siottt…
gitu kan…
so bila cakap cam adam dan nur ni rasa uishh ada ke laki bini borak gini ek?
ada kot la kan.. yang alim alim.
yang pure alim lah.
bukan alim tahik kucheng.
pastu pastu pastu..
yang adam pi cari cincin kahwin diorang tu.
laki ko mampu nak pi cari cincin tengah padang pasir tu?
ceh cakap laki orang.
laki ko mampu ke normaya?
masa adam sarungkan balik cincin tu kat jari nur amina, kedengaran lagu nur kasih.
masa tu ko, berambu rambu air mata ku..
pendek katanya memang tak sempat air mata aku kering, mengalir lagi. begitulah hingga ke akhir cerita.
mungkin ada yang kata ceritanya biasa biasa ajer, tapi bagi aku adalah best. dan berbaloi untuk ditonton.
kerana bukan sekadar kisah cinta, tapi juga pengajaran untuk menghargai sesuatu yang kita sayang sementara mereka masih hidup.
ah payah la nak explain.
pi tonton sendiri.
ok bye.
eh eh eh eh tunggu tunggu.
dalam filem ni ada 3 lagu yang best.
aku letak lirik lagu tema atau ost nur kasih the movie ini.
dan juga mp3 untuk didownload.
nanti korang boleh feel feel, ote?
Lirik Lagu Nur Kasih nyanyian Yassin & Tiz Zaqyah
Tiz Zaqyah
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Tiz Zaqyah/Yassin
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur kasih
Nur kasih
Ya nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur kasih
Nur kasih
Nur nur kasih
Nur nur kasih
Nak Download KLIK SINI
Lirik Lagu Bertemu Cinta nyanyian Mila Jirin
Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata
Bertemu cinta
Kita akhirnya
Setelah tangis
Tanpa suara
Bertemu cinta
Bagai cahaya
Menyuluh hati
Menjadi kasih sejati
Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan
Bertemu cinta
Di ambang syurga
Mengutus doa
Biar menjadi anugerah
Bertemu cinta
Indah sempurna
Sedetik tidak
Hilang ragu dan percaya
Nak download KLIK SINI
Lirik Lagu Tanpamu nyanyian Sabhi Sadhi & Helena
Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu ku ada disini
Tetap bersama ku selalu disampingku
Untuk selamanya
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
Cintaku padamu
Cintaku padamu
Nak download KLIK SINI
saya suka lagu yg tanpamu tu…best
haah best jugak
terima kasih kakak…
ku tlh mendownload lagu tanpamu
sama sama adikku
…dah tengok juga…best tapi lebih seronok jika ada sesetengah bab dipanjangkan lagi….supaya lebih feel gitu….:)
mungkinkah akan ada nur kasih the movie 2?