Lu Jangan Kerek Sama Gua. Nanti Lu Sendiri Yang Susah

so kita berbalik lah pada cerita karak versi sebenar ini.
aku masuk panggung lewat sikit.
sampai kat scene yang polis kata ‘puan sila jalan ke hadapan. jangan toleh ke belakang’
yang pastu ada momok atas kereta tengah meratah laki si puan ni tadi.

aku pernah je dengar cerita ni.
tapi takde la plak sebut kat karak ke kat mana.
tapi disalah sebuah highway di malaysia lah.

sapa yang dah nonton, banyak ke scene yang aku tertinggal ek?
sebab apa aku masuk lambat?
sebab gaduh ngan cina sengal kat luar tu laaa…
yang tak paham konsep kiosk! puiii…

so sapa yang dah nonton… berapa orang suka?
berapa orang tak suka?
berapa orang yang sedang sedang ajer?

sebab bagi aku cam tak berapa nak best kot.
ok seram agak seram lah.
tapi tapi tapi…
aku rasa takyah letak tajuk karak pun takpe kot.
letak tajuk hantu orang asli ke.
hantu salah menuntut ke.

letak tajuk karak tu cam nak tarik penonton je kan.
sebab ramai je cam tau karak tu berhantu lah apa lah.
tapi dalam filem nie cam tak relevan je. ntah.

pastu pastu pastu.
sapa ke blogger hari tu ada tulis.
masa si kilafairy aka ida mandi kat perigi tu.
masa tu patutnya kira dia dah mati la kan.
dah jadi hantu la kan?
habis kenapa dia takut dengan hantu yang ajuk dia nyanyi tu?

ok sapa yang dah nonton je la kot paham.
sapa belum, mesti tak paham kot apa aku cerita ni.

lepas tu yang perempuan kebaya tu ‘nampak anak saya encik? boleh saya tumpang balik encik?’
tak takut ponnnnnnn… matikklah keriakan.
ntah. aku rasa ekspressi muka dia cam terlebih lebih kot.

apa lagi ek. hah si kilafairy tu la.
amboi nama kilafairy ko kan.
aku pun nak tukar nama lah. mayafairy.
lagi comel kot vavavavavava..

ada ke weh perempuan gedik semacam macam tu eh?
pukul 12 tengah malam sibuk nak touch up lipstick bagai.
kenapa ko..
ah sapa yang dah nonton tau la korang kan tahap kegedikkan si kilafairy nih.
seriyus adalah tak suka.

pastu pastu pastu.
ending dia tu. motip nak letak hantu rock dalam kereta join headbanging bagai tuh?
sangat merapek. terus cam tak caya ini hasil kerja KRU.

tapi tapi tapi.
ada best jugak la filem ni.
part yang hantu kejar si shera ayob tu.
apa ke namanya dalam cerita ni.
ah zura.
pastu hantu tu cakap ‘kenapa lari? kata beriman’
tak cuak ko kalau kena kan..

pastu yang waktu zura nak baca yasin tu.
tetiba ayat ayat kat dalam semua hilang.
moral of the story.
yasin dan ayat ayat suci al quran tu kita kena baca dan fahamkan.
bukan setakat hafal.

dan paling penting, kita kena yakin yang Allah Taala akan tolong kita.
tersentap dan tersentuh gak la aku di sini.
lepas tonton filem ni, bila ditimpa kesukaran, aku pun akan berdoa dan letak sepenuh keyakinan yang Allah akan membantu hambanya. gitu..
so kredit to KRU tang sini laa..

kesimpulannya, sapa rajin pi nonton.
sapa malas takyah.
aku tak galakkan, tak jugak menghalang.
cewah.. penting ke pendapat aku pon.. kann..

aku akhiri entry nie dengan lagu KEREK nyanyian AMUK.
nak download KLIK SINI

Lama sudah perasan
Lagak lu yang berangan
Terpacak hidung tinggi
Mata jadi jelik

Bukan nak bikin kecoh
Tapi lu perlu tunduk
Pada pailang yang mula bertapak di sini

Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua

Takkan la tak perasan
Jika nak dibandingkan
Kita berdua berdiri tidak sama tinggi

Jangan sampai dilihat
Gelagat tak kena tempat
Orang lama berpesan
Jangan lawan tuan

Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua

Jangan melawan
Jangan melawan brader
Nanti gua kasi lu

Jangan melawan
Jangan melawan brader
Gua harap lu makan saman

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua

16 thoughts on “Lu Jangan Kerek Sama Gua. Nanti Lu Sendiri Yang Susah

  1. Tehee.. ai la yg kata antu takut ngan antu tu mya. huhu

    yg awal2 tu mya, tk byk scene yg mya tertinggal. sblm antu galah tu ratah suami org tu, keta dia rosak, asben dia betul2 kan enjin, isteri dia try start tp tak buleh, pehtu asben dia kata nak mintak tolong org. dia pun jalan ke dpn, pehtu ada keta lalu, dia tahan, tp tak berenti. Ada lori lak lalu, dia tahan, lori tu pun tak benti, tp drebar lori tu kata ‘antu blkg u’. Asben tu toleh tgk antu galah tu, lps tu terus adegan atas keta tu la.

    • hah awak yg tulis kat blog kan.. pasal hantu takut hantu tu.. hee.. tak ingat lak sapa…

  2. ahahahah..
    pada kita biasa2 je kak..
    owh, tak byk pun yang akak tertinggal..
    akak tertinggal part husband dia jalan kaki sesorng nk p mintak tolong kat kenderaan yang lalu lalang kat situ..
    mmg lar ada kenderaan lalu.. tapi sume tak benti.. ada satu lori tue drivernye siap jerit suh husbnd dia tengok belakang.. rupanya kat belakang husband dia da ada hantu.. tue pasal keter2 sume tak benti..
    pastu terus ke scene bininya dengar bacaan yassin dlm kter ngan ank dia.. tapi anaknya tak benti2 nngis.. pastu tetbe bacaan yassin tue benti, pastu anak dia benti nngis, pastu muka anak dia berubah.. bininya da cuak2 da.. time nie lar baru kereta peronda polis tue lalu..

  3. citer yang hantu mkn laki dia tu dlm utusan dulu2 ada citer
    penulis ni nama osman wok (betul ke eja gini) dia mmg share citer2 seram..
    kalau lalu karak mesti terbayang scene ni..tatut..

  4. tajuk “karak, laluan puaka” tu tak berapa nak feel la, patut letak “kerek, mulut puaka” molek benar rasanya.

    Pada khilafairy, asal amek gambar pasti membelakangi kamera tayang bontot. Takat semua hasil cucukan, hentikan la. jangan sampai gua nyanyi lagu rohana jalil nanti (N)

  5. hohoho…sy bukan peminat cerita seram dan penakut tahap gaban, nak2 pulak baca review awak harus satu rumah terang nanti….heeeeee

Comments are closed.