Happy Belated Birthday KakTin

ni kisah makan makan celebrate birthday kaktin secara kecil kecilan. dalam minggu lepas kot.
plan hari ni, terus roger roger nikolas payiet dan zass ke lanai sana.
senang kot pergi lanai. tak payah kusut kusut nak cari parking hapa semua.

zaman sekarang semua pun dok mengadap handphone je memasing kan.
dah tak ramah tamah macam zaman dulu kala lagi dah.

orang yang dirai pun khusyuk ngadap handphone.
jap jap iphone, jap jap bb.

ok berbalik pada hidangan.
hidangan of the day adalah blackened lamb.
dicampur dengan sphagetti.
sedap sebab tak pernah rasa di mana mana.

dessert amik creme brulee.
lupa plak nak snap gambarnya.
kalau ada sesiapa nak datang makan dengan aku kat lanai ni, i mean bukan yang satu office dengan aku la, meh aku belanja creme brulee ni nak..
sedap tau..

up jugak dengan 2 jenis kek untuk birthday girl.
kami share share 4 orang walaupun perut memasing dah mengetat secara haibatnya.

last but not least, kepada kakak kesayangan aku, zamihartini osman bashah aka kaktin, aku ucapkan selamat harijadi yang ke 33 tahun.
aku doakan ko happy happy selalu, dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan semoga persahabatan kita berpanjangan.

walaupun pihak lawan aku dah mula mengintai ngintai kat nuffnang ko, walaupun pihak lawan sudah mula komen komen kat blog ko wish happy birthday bagai, aku harap itu tidak akan memutuskan silaturrahim persahabatan kita yer. (U)

ok aku tau ayat ini agak menjerut leher, tapi ianya adalah kenyataan.
aku tau ko pemaaf orangnya, tapi ada masa masa kita kena berhati hati.
sejarah mungkin berulang.

perselisihan faham antara kita biarlah menjadi perkara terakhir yang akan berlaku. nauzubillah…
aku sentiasa sayang kau walau apa pun terjadi, insyaAllah… (K) (L)

20 thoughts on “Happy Belated Birthday KakTin

  1. Happy birthday wahai kak tin keponpon! dengan ucapan kekal lah menhadi kakak tiri kami yang garang dan hebat wohoo! (Y)

  2. ayat last tu sgt menosok ke qolbu sedih n terharu la pulop. (L)
    insyaAllah, aku pon sayang adik2 tiri aku. hingga hujung nyawa.
    amin 🙂

  3. musuh zaman sekarang semua pon dah pandai psiko, mencari kelemahan melalui kawan2 sekeliling kita 😉
    anw HAPPY BESDAY KEPADA YR BFF itu…

    • pelik nau ikon ko tu ernie.. cam kelip mata tidak, cam senyum tidak..
      cam ikon mushkil eh..

Comments are closed.