Bermalam di Mana?

Dah lepas habis shopping shoppingan semua tu, kami pun gerak lah mau pulang semula ke Miri menyeberangi border.
masa ni dah hujan renyai renyai membawa ke lebat lite lite.
Sampai kat border pukul 10.15 malam. Tengok ada 6 ke 7 buah kereta tengah q nak masuk border.
Tapi tapi tapi.. pagar telah ditutup.
Ada sorang security kat situ tapi dia buat dek je.

Encik z pun turunlah nak menyiasat what is going on bersama orang lain.
Rupa rupanya border katup pukul 10 malam uollssss….
Makanya security tu taknak lepaskan kitorang kitorang ni ha walaupun telah dipujuk rayu.
Katanya kastam takde. imigresen takde. sadis…

Aku pun silap jugak sebab tak buat research dulu pasal border ni tutup pukul berapa.
Tapi patutnya letak la signboard besar besar kata BORDER DITUTUP JAM 10 MALAM. TIADA KENDERAAN DIBENARKAN LALU SELEPAS ITU.
ini ada ke signboard tu diletak atas pagar. bila mana kalau pagar dibukak, memang tak nampak lah tulisan tu.
bila ditutup pagar baru nampak.

Dalam 15 minit gak lah semua orang berteleku kat situ.
Dah la kiri kanan hutan belantara. Bunyi unggas cenggerik semua, aku takut je kalau kalau ada makhluk tak diingini muncul.
Hujan plak lagi. Dengan kepanasannya lagi.

Kesian kereta depan depan tu. Ada yang bawak baby, orang tua semua.
Tapi what to do. Dah nasib. So pusing balik la aku ngan encik z ke pekan kuala belait mau cari hotel.
Kena lalu balik la kat tol. Sib baik pakcik tol tu baik hati. Dia pun tau gamaknya kitorang kena patah balik, dia kata takyah bayar.

Pusing punya pusing, jumpa lah satu hotel ni. Biasa biasa aje pun hotelnya.
Oh yer masa ni hujan dah melebat tau.
Aku turunlah nak tanya rate berapa. Selepas diconvertkan, lebih kurang RM400 okk…
Hey…. ko ingat hotel ko meletup. RM400 baik aku duduk Hotel Istana!
wah emosi ni.. walhal hotel tu ke bersalah. tidak kan..

Ini umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Marahkan bloggers, ditinggal komen meroyan di kotak komen. Eh?
Tak relevan.

kami tinggalkan hotel tu dan pusing punya pusing try cari hotel lain sebab dalam buku panduan aku tu, ada 4 lagi hotel kat area tu.
Dekat sejam ko kitorang pusing pusing tak jumpa.
Aku cakap ngan encik z, aku rela tidur dalam kereta dari bayar sewa hotel yang RM400 tu.
tak sanggup!!!

Pikir punya pikir punya pikir… akhirnya kami mengambil keputusan untuk….

a. Tidur dalam kereta saja
b. Encik Z kata sewa je lah hotel RM400 tu. Takkan nak tidur dalam kereta
c. Berpatah balik ke Bandar Seri Begawan
d. Bergaduh dengan security (nampak nau menipunya)
e. Berpusing lagi mencari hotel lain sampai berjumpa

Kita nantikan jawapannya sebentar lagi…
Esok lah yer…

20 thoughts on “Bermalam di Mana?

  1. aku percaya kalo ko ckp korg tido dlm kete
    sbb ko kan pernah tido dlm kete time pegi mana ntah ngan laki ko payiet & kawan dia tu
    so aku teka A
    hahahaa

    • woh yang gi perlis tu.. tidur dalam kereta.. he he.. dgn nyamuk nya..
      dah la parking tepi longkang.. sadiss..

      ko teka A ek.. tungguuuu… :p

  2. adoii kak…kasi saspen la plak hehehe

    kelakar baca entryy akak…emosi tetap terselit…sayangnye kite x baca protected entry tu.so x faham kisah nye 😀

    • terharu ok dgn kata katamu..
      ok dah baca kan blog i.. ok buat kerja sekarang dgn dedikasi ya..

Comments are closed.