Ambuyat di Restoran Aminah Arif

aku dapat tau pasal restoran aminah arif ni dalam buku yang aku cilok kat hotel.
katanya cam ambuyat sini la yang famous gitu.
so berpusing pusinglah kami laki bini mencari.
kan aku kata hari tu kitorang takde proper map.
tu yang terbangang bangang drive sana sini.
tapi itu lah dia, orang baik Allah sayang. (matikk la statement)
mesti Allah akan lorong kan jalan.
akhirnya jumpa restoran ini.

inilah dia ambuyat yang famous di sarawak itu.
rupa paras dia macam gam yang kita buat kecik kecik kat sekolah dulu kan. yang kita buat guna sagu tu.
dan aku pasti tak semua orang akan lalu kot makan ambuyat ni.
sebab dia memang melembik.
makan banyak dikhuatiri muak.
tapi knowing aku yang tolak kayu batu, aku ngap je.

ambuyat ini juga sesuai untuk orang yang tidak bergigi.
ko tak payah nak kunyah.
masuk mulut, tak sempat nak buat apa apa, ambuyat ini meluncur laju masuk dalam tekak ko.

tapi takkan lah nak makan ambuyat saja kan.
aku amik set untuk 2 orang makan.
tapi lupa la plak harganya berapa.
kalau tak silap dalam RM70 kot.
untuk 2 orang makan dan lauk pauk meriah, ok kot..

ada sambal belacan dan ulaman ulaman.
timun, carrot dan satu lagi tu ulam apa tah.

ada jugak sambal belacan ala ala budu.
rupa paras la macam budu. tapi tatap sambal belacan.
sedap!

daging campur tetel masak sambal merah.
aku suka daging kan. so takyah la ko nak tanya sedap ke tak.
haruslah begini!

sayur midin.
pernah makan dulu masa aku gi kuching.
berbeza yer sayur midin dan sayur kangkung.

ada ikan kembung goreng 2 ekor.
eh ye ke ikan kembung ni. aku mana tau sangat bab bab ikan nih.
al maklumlah. ai takde jiwa suri rumah tangga macam korang yang mithali tuuuu…

air ni tak termasuk dalam harga pakej yer.
aku amik cendol selasih seperti yang disuggestkan.
encik z minum milo kot.

jemput makan semua…
aku dah pernah makan ambuyat.
korang yang keji keji umpat aku nie penah ke makan ambuyat?

normaya! stop it!!!

iya iya laaaa… #TDDMKALT

so korang kalauย  ke brunei sila cuba ambuyat ini yer..
kalau kata tak suka pun, cuba je lah dulu.
tak cuba tak tau kan..
lepas makan kami pusing pusing lagi.
sebab aku mau cari kain lorr…

pusing punya pusing tetiba jumpa satu shopping mall ni.
tah apa namanya aku lupa.
tu pun sebab nampak kain berkirai kirai, terus suruh encik z stop.
tapi boleh satu gambar pun takde kat sini. sadisss…

aku sempat snap gambar tudung nie je.
tudung camni kan glamour kat brunei.
permaisuri puteri puteri semua pakai.
dia cam ala ala tudung tie rack tu la.

ko nak tau harganya berapa?
lepas diconvert kepada ringgit malaysia, cuma RM4 sehelai.
tak ko nak nangis kat situ..
terus aku borong banyak banyak.

yer walaupun ai tak bertudung, tapi tak mustahil satu hari ai akan bertudung kan?
tapi bila ai dah bertudung, ai taknak jadiย  macam u.
tudung kat kepala, tapi hati busuk.
buat entry pasal tudung tutup dada lah, pasal kena pakai stokin lah.

tapi ujung ujung u mengomen kat blog orang lain kemain u perli sindir mencaci baik punya.
kalau gini gaya romannya, u campak je la tudung u tuh.

eh eh ada lagi emosi aku ni?

hahahahahahhahahhaah.. *gelak saiko. takut tak? :-[

#TDDMKALT = tangan di dada mata ke atas lidah terjelir

20 thoughts on “Ambuyat di Restoran Aminah Arif

  1. mak aiii…sgt murah…..ko tak nak lanting2 ke mya tudung tuh..hehehehe larikkkk….dah la x mo ar emosi2 nih….be happy key..peduli la kat org bertudung hati busuk tuh…dia x pernah dapat la tuh.. ๐Ÿ˜‰

    • ambuyat rasanya erm.. mcm sagu2 sikit kot.. tapi sagu manis kan..
      ni tawar..

      tu la tudung RM4. tak nangis melihatnya..

  2. ila pernah tgk cara buat ambuyat kat playhouse disney channel neiH
    dia mmg cam gam kan..huhuhu……
    cara masak dia amat senang……….
    tapi nak amik bahan dari pokok nak parut bgai tu..malas lah ila

  3. besar gak mangkuk ambuyat tuh erk…rasanya camner ye nak gak tahu..kenyal2….sekali nengok dah ghupa gam kanji jerr kan sbb masa sekolah dolu2 rajin wat gam kanji..hehehehe ๐Ÿ˜€

Comments are closed.