Suatu Masa Dahulu Lelaki Ini Pernah Bertakhta Di Hatiku

amboii.. tajuk memang mintak penampau kan…

kekdahnya hari ahad hari tu aku pi nonton filem nur kasih the movie.
tu nanti entry lain.
balik dari nonton tu aku tweet.

lepas tweet tu sampai rumah terus aku kababoom tidur.
ngantukkk…
tup tup terjaga dari tidur dalam pukul 5.30 petang camtu.
cek timeline twitter. tiba tiba nampak ini!

zain reply tweet aku oh!!!
terus jerit jerit menciwi dengan encik z.. tensen je pakcik tu.
ada siapa yang tak kenal zain?
zain ni ahli kumpulan ruffedge lah.
yang terkenal dengan lagu tipah tertipu dan da bomb tu.
siapa tak tau memang la.. memang memang memang.

pastu tetiba plak kak don tweet tanya.
adakah zain yang pernah daku tergila gila kan dulu.
malu la plak saya baca soalan kak don itu.

tapi iya iya lah. dia lahh…..
siapa readers aku yang lama lama sure tau masa tu aku memang gila benar dengan si zain ni.
semua gambar gambar dia aku simpan.
aku start minat dia masa pregnantkan yaya.

lepas tu ingatkan habis di situ.
rupa rupanya……
zain reply lagi.
alamak! dia baca la yang sis don tulis tu..
malunyaaa…
sweet kan dia?

oh yer budak budak ruffedge ni semua baik baik tau.
takde sorang pun menyombong.
2 kali aku jumpa, 2 kali pun mereka ramah mesra 🙂

eh actually 3 kali.
sekali masa kat waterworld melaka, sekali masa kat program astro. dan sekali masa aku tengok show diorang kat modestos.
tengah pregnant yaya jugak masa tu. dalam 3 ke 4 bulan kot. tak ingat.
tengok betapa gila nya aku kat ruffedge nie. gigih datang dari melaka tu. heeee…

kenangan terindah jumpa diorang kat waterworld melaka.
bestttttt… masa ni aku pregnant 2 bulan kot…

gambar kecik eh? sori la ni pakai kamera manual ni. tapi aku scan.
ok tengok yang nie besar sikit kot.
sekali dengan signature zain dan ruffedge.

signature nie masa pergi program kat astro.
apa ke programnya. ala yang yasmin hani jadi pengacara tu.
masa ni artis undangannya ruffedge.

memang boleh bergambar tanpa sempadan.
siap boleh borak borak lagi tau.
tq to janet yang bawak aku ke sini 🙂

masa botak hensem. masa rambut panjang pun hensem.
masa pregnant yaya tu hari hari dok tengok muka zain.
dengan harapan kalau dapat anak lelaki muka cam zain la.

siap berangan nak bubuh nama kamarulzaman zain lagi.
merepek betul kan.. ekekekekeke..

sekarang aku tak gila kan dia macam dulu dulu dah.
tapi tetap lah minat sebab aku rasa dia sweet.
so cukup jadi friend kat facebook & follow twitter beliau.

kenangan terindah bersama artis pujaan 🙂

27 thoughts on “Suatu Masa Dahulu Lelaki Ini Pernah Bertakhta Di Hatiku

  1. yer..yer..tajuk entry memang mcm nak kena penampau…hehe
    harap harap En Z very understanding gitu, yo yo o jer nak tgk siapakah lelaki itu sekali (@)

  2. hohoho..x bleh blah nama kamarulzaman zain tu..
    verangan akak ye..hehe
    fewitttt dolu2 cekci.. 😉

    • kannn.. punya la minat sampai nak taruk nama..

      dulu2 la cekci.. skang dah tak dah..
      skang cekca.. hikss

  3. owhhhh peminat zain ghupanya……
    hish… tak cakap awal2… kalau masa dedua bujangan dolu….
    masa dia pernah bertahta… bleh kenen kan… hahahaha….

  4. LOL! I didnt read his tweets before I tweeted that! tengok2 , eh mmg dia! LOL

  5. kak kak kakkkk (sambil angkat tgn)!!
    sy tau awk pechinta zain sejak azali..sejak akak masih dgn blogspot lg..
    heeeee 😀

  6. ada tengok zain dengan kawan2 ruffedge, VE, Innuendo yg sekarang ni dikenali dengan kumulan Al-maulid masa pelancaran Imam Muda… sejuk mata memandang

  7. Wow bestnye… tak semua artis nak buat camni kan.
    Saya zaman tu minat sgt dengan Amer Munawer. skrg dia dah tukar aliran.

  8. takpe… yang jadi laki pun ada gak pangkal Z tuu…. kalo ko meroyan, ko panggil jer En Z tu Zain.. tak lari jauh punnggg! hahahaha (K)

    • eh eh kenapa aku tak perasan ini..
      harus balik kang panggil dia encik zain. i like…

Comments are closed.