Seahorse Light House Miri

dari miri trail guest house tu gi isi minyak dulu.
pastu dengan bantuan GPS yang tak berapa nak membantu tu, kami ke Marina Bay.
sebab mau bergambar dengan kuda laut terbesar di abad ini.

seahorse light house miri. benda alah ni kira mercu tanda dan simbol miri la kekiranya.
memang susah oh nak cari tempat ni.
berpusing berputar kami putar abang halim dibuatnya.
tapi akhirnya jumpa. sunyi je pun.
dah la ada satu restoran kat sini tengah renovate plak.
bertambah la kesunyiannya.

bergambar sekeping dua, kemudian kami pun gerak.
masa aku cari information tentang miri, ramai orang suggest datang sini, tu yang aku masukkan jugak dalam itinerary.

kalau sesiapa yang suka bergambar, molek la datang sini.
tapi kalau orang yang tak minat bergambar, cam takyah datang la kot.
kang ko nganga taktau nak buat apa plak.


angin kuat gila tau kat sini. tapi tak sejuk sangat pun.
angin laut ko tau la. panas kan.

sesikit nak tweet sesikit nak tweet.
macam la orang kisah ko pegi mana, buat apa semua kan.
la la la la la la…

kapal mewah milik orang ada ada.
haruslah kan. takkan kapal mewah milik orang takda takda plak. kan..

5 thoughts on “Seahorse Light House Miri

  1. Wah.. Pegi Miri.. Sy dok kat Miri.. Hahaha.. Ni mesti pergi waktu tengahari ni.. Kalau weekend je kat sini agak ramai.. Ngee 🙂

  2. patut la sunyi…. tgahari mmng x ramai pun g sana…. saya pun x g sana kalau tgah2 hari macam tu.. 🙂

Comments are closed.