Zoo Taipei – Part 1

hari ke 6 di taipei.
besoknya dah nak balik oh.. sedih… ;-(

hari ke 6 ni kami ke zoo taipei.
walaupun tau ok zoo je, tapi zoo kat taipei ok.
harus ada panda atau koala kan.
yang best nya ayu pun tak pernah sampai sini lagi *sambil buat muka berlagak ngan ayu.
nak gi senang je, ko naik MRT terus turun di stesen yang terakhir gitu.
sebab banyak gambar nak jaja, so aku pecahkan pada 2 bahagian yo.

eh sebelum naik MRT singgah office ayu jap sebab nak tinggal sweater.
aku kemalasan mau bawak sebab cam nak bergambar apa susah nanti.
tapi kena bawak gak sebab nak stay kat luar sampai malam takut sejuk pulak kan.

office ayu dekat jer ngan ikea.
tapi ikea kat sini kecik. dalam  bangunan.
top top toe barangan saya. no more pinjam pinjam tehehehe..

hari ni pun tak bawak bekal, so makan dulu.
masa makan nie pun dah kul 11 pagi dah.
makan fillet o fish di mcdonalds.
jangan ko gatal nak amik ayam atau beef plak ek..
sila makan ikan sahaja..

hazabb jugak la nak explain kat pompuan jaga kaunter tuh.
sebab kitorang nak beli satu set dan satu lagi fillet sahaja.
last last panggil budak yang tengah goreng fries kat belakang.
lelaki muda, aku saspek budak U ni. sap sap soi cakap bahasa inggeris..

aterrr berjalan oversea, dalam MRT pun jakun nak bergambo.
kalau kat malaysia, tak di hapitnyer… (ayat favourite ernie hehe)

dalam setengah jam gitu sampai ler kat zoo taipei.
masa nie matahari dah keluar tapi takde la panas mana nau.
kadang kadang angin bertiup tatapppp sejukk..
cumanya ko takpayah la nak bersweater berglove bermafla bagai. gitu..

tiket masuk zoo ni cuma NTD60.
kurang lebih duit malaysia dalam RM7 kot. murah la kan.
zoo taiping mahal. motip compare ngan zoo taiping?

taktau ler belakang tu tulis apa.
asal ada signboard semua kitorang sesah bergambar..


: : lawa gila flamingo flamingo ni : :


: : beruang batu : :


: : dalam gua buatan : :


: : signboard kayu : :

pastu masuk dalam seksyen serangga serangga.
ko layan je la gambar .

ok jap gi sambung part 2 plak.
tunggu yer…

8 thoughts on “Zoo Taipei – Part 1

  1. motip la sgt nk pegi zoo bagaikan.. sok ada anak aku pegi la..s krg kose makkkkk

Comments are closed.