Politeknik Port Dickson kesayangan saya :-)

sabtu lepas aku gi politeknik port dickson.
yer bagi yang taktau, saya adalah bekas pelajar diploma sains kesetiausahaan di politeknik port dickson sana.
batch 97-99 nombor matriks 208DSK97. ewahh motip sangat nak bagitau nombor matriks bagai kan.

kaktin bersungguh sungguh ajak gi sana.
ikut hati aku cam ermm fifty fifty gitu.
tu pun jumaat malam tu pikior punya pikior ok la sebab kaktin rindu sangat nak jumpa ngan lecturer-lecturer di sinun. kita kasik can.

kul 8 pagi aku kuar rumah pi amik payiet kat bangsar.
yer payiet pun ikut sekali dalam rombongan ini tapi beliau terus pulang ke kampung halamannya yang terletak di pusat peranginan bank negara malaysia.
manakala aku ngan kaktin meneruskan visi dan misi kami.

elok nak masuk parking, nampak encik ashri.
aku terkial kial nak cari parking tetiba encik ashri bersuara ‘hai takkan baru balik taiwan, nak masuk parking kat malaysia pun dah tak reti?’
cissssss….

inilah dia encik ashri kesayangan ramai student.
yang aku ingat dulu dia ajar trengkas ermm.. apa lagi ek?
ada lagi 2,3 subject tak ingat sudah ampun encik ashri.. 😛

yang nie plak cikyati. dulu cikyati tapi sekarang puan yati.
dah kebiasaan panggil cikyati susah plak nak panggil puan yati.
sama tak berubah pun cikyati ni dari 12 tahun dulu.
maintain orang putih kata. cikyati ajar ermm akaun lagi apa ek? huu tak ingat.
nak jadi cerita plak rupa rupanya cikyati ni classmate ngan boss aku, kak as.
diorang satu kelas dari form 1 sampai form 5 kat tampin dulu.
alahai keciknya dunia kan.
makanya terus lah jejak kasih cikyati & kak as.

yang nie plak 2 orang super junior aku.
eh ada ke super junior. kira aku super senior diorang la.
tak sempat pun jumpa kat poli masa study.
tapi berkenal kenalan kat luar lepas aku habis belajar.
rasanya dah dekat 10 tahun jugak aku kenal diorang ni.
dedua pun sama sama sengal.
ween & nissa.

yang nie junior aku. namanya non.
aku part 4, dia part 1. comel dan kelakar budak nie.
aku ingat dulu, masa aku part 4, aku rajin merayau bilik budak-budak junior.
pastu kepochi menyibuk gossip gitu gini.
heee tapi junior selalu pun layan jer.
aterrrr berani junior melawan senior? ecehhh cehhh… senior la sangat ok.
walaupun beza umur 2 tahun jer.
kadang kadang aku menyampah gak ngan senior yang poyo poyo alam ni.

so melepak la dalam bilik dek non ni.
dia dok ajar aku main sep sep pusing kanan pusing kiri.
ala permainan tepuk tepuk tangan tu.
ntah aku pun taktau game apa. tapi cam best la pastu gelak gelak.
budak budak batch dek non ni semua sweet n baik baik jer.

nie nak dikenalkan lagi ke? ok kenalkan jugak.
kaktin ni senior aku. aku part 2 dia part 4.
aku tau jer dia masa kat poli tapi dia kat poli cam low low profile.
so kami takde la mesra rakyat sangat.
i know her. she know me. takat tu je la.
bila dah masuk kerja sama sama satu office ni, baru beramah mesra terlebih lebih terus naik pangkat jadi kakak tiri. gitu.

di depan bilik taip. ek eh tak nampak plak pintu bilik taip.
nampak rak kasut je, boleh la tu.
budak budak DSK memang kelas kat dalam bilik taip nie jer.
aterrr nak menaip dan guna komputer semua kan.
ada jugak sesekali kelas dalam bilik darjah biasa atau dalam dewan kuliah.
biasanya joint ngan course lain la.
most of the time memang dalam bilik taip jer.

lepas habis sesi jumpa lecturer, aku ngan kaktin pusing pusing jap kawasan sekitar poli nih. banyak dah perubahan.
of coz la kan…


: : berlatarbelakangkan dewan yang dulu jadi dewan konvokesyen : :


: : library : :


: : entrance : :

melayan perasaan di tasik tenang
duduk bersandar di pohon bambu
tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula tempat menimba ilmu

untuk semua bekas pelajar politeknik di seluruh malaysia, aku sertakan lirik lagu politeknik ni untuk korang mengimbau semula kenangan pahit manis sepanjang menjadi pelajar politeknik.
ingat lagi tak melodinya?
jom nyanyi ramai-ramai…… 😉

:: POLITEKNIK MALAYSIA ::

Politeknik adalah warisan kita
Membekal tenaga bidang teknikal
Bersama membina kemajuan negara
Malaysiaku tercinta
Ilmu akhlak mulia asas jaya
Itulah amalan hidup kita
Di mana sahaja Politeknik berada
Harapan tetap sama

Chorus :
Politeknik ku sanjung jasa-jasamu
Mencipta lembaran sejarah
Harapan impian kan menjadi nyata
Tekad, takwa, usaha
Penentu arah

Maju Politeknik ayuh maju
KPT merestui perjuanganmu
Teknologi teras pembangunan Negara
Politeknik Malaysia

24 thoughts on “Politeknik Port Dickson kesayangan saya :-)

  1. Aku lepas konvokesyen dulu tak pernah pegi dah PPD nih… lalu depan jer…. lagu politeknik???? sudah lupa looooo

  2. i loike.. sek sek sek, mi mi mi, air pasang pagi, surut pukui lima… sila sambung.. hehehehe

  3. kakakkkkkk!!!
    lagu febret tu…heheh~
    tp kan kak..rak kasut tu cantik. rak kasut kita dlu mcm nk robohhhh!! asal menebeng je kt kaki 5 kelas tu sure panjat, duduk atas rak kayu kaler biru tu. mau tak roboh…
    kak non pun suka duduk kan..kan kan kannnnn..hehehhe~

  4. waaa rindunya kt poly….bab lagu tu confirm aku mmg x ingat…sah dulu tu aku miming je hahahaha…jom cepat2 kita plan p picnic smbil melawat ke poly…jom jom jom….

  5. tak sangka habis poli akak masuk poli balik jadik lectr ajaq shorthand plak tu….hadoiiii demam nokssss…skrang tak demam dah…. serender hahahah

Comments are closed.