Random at Taiwan

aku lupa nak letak gambar nasi goreng ni masa entry masak masak kat taiwan hari tu.
so aku jaja kat sini yer.
penting nih sebab ni ernie yang masak kan 🙂

dekat taiwan tak boleh merokok sembarangan.
ada disediakan tempat tempat tertentu jer.
jadi tidaklah asap rokok bertebaran merata hala.
dan diorang semua pun sangatlah berdisplin tau.
cuba kalau kita orang malaysia ni, jangan harappp..
dah besar besar letak tanda jangan merokok, bawah tanda tu jugak la diorang merokok. haishh…

bunga yang indah!
macam lukisan waktu budak budak dulu.
bunga dia pun simple je. pastu warna warni.
serius memang aku terkagum kagum sangat masa mula-mula tengok ni.
macam eh rupanya bunga yang aku lukis berdasarkan imaginasi sebenarnya wujud!

apartment ayu.
memang security sangat terjamin.
nak masuk dalam setiap apartment pun ada kunci.
kira kalau ko duduk blok A, jangan harap ko nak masuk dalam blok B, begitu.
tak takut la sebab memang macam susah perampok nak pecah masuk.

lagi satu kat sini sampah kering cuma boleh buang semingu sekali.
sampah basah boleh buang hari hari.
dan memang semua pun amat amat berdisplin.
takde nya diorang nak campur campur sampah.
cer kat malaysia tengok? *tangan di dada, mata ke atas, lidah dijelir

kalau ko gi ikea sini jangan nak menggatal plak order meat ball yer.
tak kira la ko mengidam anak sulung ke, mengidam anak kucing ke, mengidam anak tekak ke. no no no no..
sini daging pun tak boleh makan, inikan pulak meatball yang dah dicampur gaul ngan pork. ko nak makan pork??????? :-O

si yana hari tu tanya, napa gi zoo takde gambar binatang hidup?
kan dah cakap sapa nak tengok banyak gambar lagi sila ke facebook aku.
nie aku letak satu gambar. panda gemuk yang comel tapi pemalas.
memang tak nampak macam binatang hidup.
nampak cam anak patung okkk..
cuma dia adalah besar!!
ada 2 ekor kesemuanya. malu malu lalu asyik menyorok belakang pokok.

yang kalerful ini ialah sabun mandi.
comel gila okeh.. sebab kaler kaler.. dan wangi juga.
tapi harga agak kepitaman tu pasal aku tak beli.
tapi sekarang rasa nyesal sikit. sikit la…

dan yang terakhir. good bye note dari aku n ernie untuk ayu.
letak note je la. duit sewa rumah tak letak.
apa lagi duit bedal makanan dan minuman dia hehehe..
takpe kami ada cara tersendiri untuk membalas budi baik ayu. hiksss..

12 thoughts on “Random at Taiwan

  1. somelnya sabun.aku rs aku penah nampak sabun mcm tu kat warsaw ni tapi aku malas masuk kedai dia takut terjebak beli dan tak pakai.. hahaha..

  2. aku yg dok sini pun tk beli.. pakai brand pon pon jekla.. sedapp buih byk hahahahaha

Comments are closed.