Pemandu Teksi di Taipei

buat pengetahuan korang, kereta, teksi dan kenderaan lain kat taiwan nie ialah left hand drive.
jadi memang cam agak mengekok (mengekok?) aku ngan ernie bila nak tahan cab dan nak cross jalan.

kalau kita kat malaysia ni nak cross jalan kita akan pandang kanan dulu kan.
tapi kalau kat sana kena pandang kiri lorr..
ada sekali satu malam tu aku pandang kanan, tengok cam eh takde kereta lalu lenggang lenggok cross selamat.
ernie plak, elok dia pijak divider lepas cross tu, satu bas sudah hon panjang.
baru kitorang cam ek eh kita patutnya kena pandang kiri oh…
sib baik takde apa apa jadi tsktsktsk…
sejak hari tu terus kitorang berhati hati gitu..

banyak kali jalan, memang kitorang naik cab jer.
senang. dah ujung ujung baru naik MRT.
sebab MRT dari rumah ayu agak kejauhan. tapi dari office dia agak kedekatan.
tambang teksi ok ok la tak mahal sangat ak murah sangat.
tapi start meter nya NTD 70 bersamaan RM7.50 kurang lebih.

nak merasa cemana gayanya jadi penumpang dengan duduk di sebelah kanan, so satu hari tu naik cab aku pun duduk lah di depan.
first time kot rasanya aku naik kereta left hand drive.
bila cam driver tu bawak laju kaki aku plak terasa rasa tekan brek he he he.

lagi satu kan, kebanyakan driver taxi kat taipei ni memang tak pandai cakap bahasa inggeris.
kalau nak gi memana, kena prounce bebetul ataupun lagi senang ko tunjuk je risalah or brochure. tapi awas….
selain tidak pandai berbahasa inggeris, mereka juga tidak boleh membaca tulisan rumi. kira kalau ko bagi katakan nak pegi national palace of museum, dia tak boleh baca ni tau.
ko kena tunjuk tulisan karakter cina baru diorang paham.

ayu memang dah bekalkan kitorang satu buku yang dalamnya ada tulisan karakter cina mana mana tempat yang aku ngan ernie nak pegi.
kitorang panggil tu buku hikmat. sebab kalau hilang, memang sesat baratlah dibuatnya.

dan lagi satu aku perasan driver taxi ni semua peramah ya ampun.
walaupun kita tak reti dan tak paham apa dia cakap, tatappp jugak dia ajak bersembang.
tambah lagi kalau kita try cakap sesikit, lagi pong pang pong pang dia ajak borak.

malaysia? halal? pray sunday? *sambil angkat tangan cam nak azan tu.
malaysia wo pu chetau. singapore? ya ya ya. beautiful lady.

apa apa je la ko kan driver.
eh kat taiwan diorang tak panggil teksi tau.
walaupun worldwide mana mana ko pegi biasa orang tau teksi atau cab tu apa kan. tapi kat sini diorang panggil lain.
dalam bahasa taiwannya aku sudah lupa apa, tapi ditranslate adalah ‘kereta bermeter’
ayu, hari tu datuk ada sebut tapi aku lupa.
kalau ko ingat, sila tinggalkan komen ek.

cer pien – berhenti sini
xie xie – terima kasih

16 thoughts on “Pemandu Teksi di Taipei

Comments are closed.