Naik MRT di Taipei & Ke Office MFTC

masa kat flora expo ni aku ngan ernie cuma bawak bekal 2 keping roti sapu jem jer. gara gara ernie malas nak berangkut nasi bagai.
natijahnya, menjelang kul 2 petang perut masing masing dah krok krek.
nampak ada kedai jual sushi kat stesen mrt, terus terjah beli oh.
mak lapar nak!
sushi kat sini murah murah oh…

pastu dari sini ernie nak naik cab, tapi aku pujuk dia naik MRT.
dia cam ketakutan gitu, aterrr nya tempat orang kan..
tapi aku pernah naik MRT kat bangkok dulu, so keyakinan tu memang ada la.
lagipun kan bawak map, jadinya saya yakin…
saya kunci lirik ini abang aznil..


: : tiket MRT : :

rajin plak ernie dok snappy snappy gambar.
layann….

diorang very berdisplin ok beratur.
takde nya main tolak tolak ke hapa.
dah sesiap tulis kat mana laluan masuk dan laluan keluar.
(Y) (Y)

sambung baca map supaya yakin berada di paksi yang benar.
kang salah laluan mau kena maki plak ngan si ernie.
eh ernie ni manalah reti nak maki maki orang.
dia jenis blur n slow-slow, tapi jangan ko jentik dia.
sekali dia mengaum, terpelanting ko sampai afrika ok…

sampai sudah…
tengah test skill kot ernie ni..
tapi aku suka jer gambar gambar gini..
candid n natural gitu.. mekasih babe.. 😀

dari perhentian MRT tu adalah dalam 10 minit kot menapak ke office ayu.
stop kejap bergambar.
belakang tu taipei arena.
Taipei Arena ni adalah multifunctional stadium yang pertama di taipei.
macam macam jenis sports dimainkan di sini seperti ice skating, ice hockey, basketball, tenis, badminton, karate dan lain lain lagi.
badminton hari tu datuk lee chong wei main kat sini lah..
kan ayu?

akhirnya sampai lah di office ayu.
nak balik jalan kaki together gether.

pada yang cam dok tertanya tanya si ayu ni kerja apa kat taiwan, walaupun hari tu dah bagitau kan.. ni aku bagitau lagi sekali.
dia kerja under wisma putra.
PA PA kat wisma putra semua pun akan dihantar posting.
tapi ayu dah ada kat taiwan ni dah lama dah.. lebih 3 tahun dah.
kerjanya as PA kepada presiden di Malaysian Friendship And Trade Centre Taipei.
ye la embassy la nih.
cuma kat taiwan nama tukar lain sebab isu diplomatik.
gitu ler romannya.

si zara PA embassy kat dublin sana.
si qistina PA kat poland sana.
ernie tengah menunggu nasib.
aku plak jangan jangan kau mimpi normaya.
kerja la ko kat malaysia sampai pencen. gittew…

office MFTC terletaknya bersamaan dengan office MAS.
kot esok esok ko sesat kat taipei, cari lah ayu kat sini.
wah suka suka je kan.. ekekkee…

sempat lagi tu menyinggah kat kedai ni.
famous kat taipei.
ada jual macam-macam jenis makanan dan ole ole untuk dibawa pulang.
aku beli pineapple tart cake dan kuaci bunga matahari.
semua pun untuk dingap sendiri. em sorry…


16 thoughts on “Naik MRT di Taipei & Ke Office MFTC

    • he he kalau selagi kerja kat sini, mmg takde la mimpi posting2 nie..
      melainkan kalau saya tukar kerja LOL

  1. akak betul ke? PA yang keje under wisma putra x boleh nak kawin…hehehe saja tanya soalan giler…

    • uishh dakyah je tu akak rasa..
      tu ayu tu dah kawin ok jer.. ernie pun dah kawin ok jer..

    • uiiiii..mentang2 laaaa ramai anak dara n bujang tak kawen2 kat wisma tu.. awok pikir kami ni tak leh kawen ;p (nanges aku kalau tak leh kawen tau!) yang tak boleh kawen tu, dengan foreigner.. eh sebenarnya boleh kawen but bersyarat dan byk ujian tapisan. silap2 bila kerajaan dh luluskan ko lak ter break up dgn dia.. 🙂

      • he he susah pulak kalau masuk wisma takleh kawin kan..
        kang ramai plak jd lesbo ekkee…

  2. hehehhee ye saya dh kawin.. tadek mazhab kata masuk wisma tk leh kawin… hihihhihi kelako..

    eh siapakah yg mengenaliku itu?? tadaaaaaa heehhehe muka kt opes tk bleh blah!!! pucat lesi hahahahaha anyway ai miss both of u too.. (F)

    • heee susah ler plak kalau keje wisma tak blh kawin..
      mesti semua pun taknak masuk wisma he he

  3. syok eh baca citer akak kat taiwan ni..xsempat nak komen 1 entry, eh2 ada entry baru..banyak nau, tapi best…

  4. ehhhhh..jangan kabo gitu..peluang ko nak keje di luar ada beb.. cer mohon cer mohon masuk wisma.. tulis je surat rasmi ke bhg HR wisma and resume ko..kalau ada surat sokongan lagik bagus.. nnt HR wisma akan panggil interview bebila dorg dh dpt kumpul byk permohonan 🙂

Comments are closed.