Maokong Gondola

dari zoo taipei kami menapak ke maokong gondola.
aterrr mau naik gondola la uolls.
boleh tahan bapak jauhnya. tapi pepelan kayuh orang kata.

beli tiket. harga tak ingat. harus beli pegi balik.
aterr kalau beli pergi je, takkan nak tidur plak atas bukit tu kan.

nampak tak belakang tu banyak gondola.
ko boleh pilih nak naik yang biasa atau yang crystal clear punya.
crystal clear tu lantainya transparent.
kira ko boleh nampak terus pokok jalanraya bagai dari lantai tu.
ernie takmo yang tu. dia nak yang biasa.
so naik yang biasa jer.
memula aku happy…

pastu emosi.
sebab ernie kata dia takut.
dia mau turun kat perhentian seterusnya.
jahat tau…

bila tengok aku muncung, terus ernie tak jadi.
hee tq babe.
tu tengok la muka orang yang ketakutan jadi kira tersenyum dalam keterpaksaan gitu.

lama gak oh perjalanan naik gondola nie.
naik jer dah 20 minit, turun lagi 20 minit.
cer ko bayangkan berapa minit.
mau tak pucatnya si ernie tu.
aku maintain… 😉

ada 2,3 stesen ko leh stop.
tapi puncak tertinggi adalah maokong nie lah.

meriah gak kat atas nie.
ada restoran, ada jualan pokok pokok.
kalau jalan atas lagi aku rasa ada cam ladang teh gitu.
tapi kami idok ler jalan sampai ke atas.
masa mencemburui.
so snap gambar 3,4 keping pastu turun semula.

patah balik naik MRT, terus nuju ke office ayu.
mau dinner. ada orang mau belanja. yokk…

2 thoughts on “Maokong Gondola

Comments are closed.