Look Who’s Cooking

6 malam kat taipei, 3 malam makan kat luar.
lagi 3 malam tu dema dema nie memasak kat rumah.
tapi ayu masak sekali jer. ayam masak erm.. masak apa ek yu?
kebetulan dia ada potluck kat office, so petang tu banyak la lauk pauk yang dibawak balik.
tak terasa pun ada kat taiwan bila makan nasi lauk pauk cenggini.

aku request kat ernie buat daging goreng kunyit.
goreng rangup rangup sampai krok krek krok krek gigit.
tapi ayu jahat. dia kata dia sakit gigi taknak makan rangup rangup.
tu yang ernie buat daging goreng bawah ni.

dulu-dulu masa duk bebujang ernie & nida selalu gorengkan aku daging goreng kunyit nie. aterrr mak tak reti masak nak.
maka nya mak bergantung pada kawan kawan mak lah tolong manja manjakan mak. gitu.


yang nie paling simple. sambal sardin ngan telur dadar.
makan dengan nasi panas di waktu kesejukan. memang begini!
rasa cam first time aku makan sambal sardin nih.
selalu aku masak sardin main campak campak jer.
takde tumis menumis bagai.

dan yang paling ditunggu tunggu…
mee goreng resepi istimewa ernie.
sedap wa cakap lu.
walaupun pedas berapi api tapi tatap layannn….

walaupun makan kat rumah, terasa rasa macam makan kat kedai jer.
apa tak nya, lengkap sweater sampai 3 lapis.
stokin 2 lapis. dengan glove sekali. ko mampu makan pakai glove?

12 thoughts on “Look Who’s Cooking

  1. hik hik hik sesungguhnya kami tak ingat pasal daging goreng..

    tapi paling ingat kami memang selalu masak bihun goreng ngan wat nasik lemak bila weekend.. atteeerrrr itu je yg paling senang..

    • heee tak ingat dah eh daging goreng?
      takpe takpe.. lepas beranak ni mmg byk sikit urat putus :p

Comments are closed.