Bertemu & Berpisah Adat Manusia Biasa

setelah 7 hari berkampung di rumah ayu, tiba lah masanya untuk pulang.
sob sob sob…

pepagi tu bangun agak awal jugak lah sebab flight pukul 3.30petang gitu tak silap aku.
malam tadinya memang dah siap siap packing semua.
tu nanti aku buat entry lain eh..

lepas breakfast ala kadar, amik gambar sekitar rumah ayu.
sebab sejuk gedi je hari hari so memang tak penah kitorang keluar kat balkoni.
so hari terakhir nak bergambar, ke balkoni lah kita.

nampak sangat kegemukan aku dan kekurusan ernie kan?
pasrah. ;-(

masa ni kitorang rakam video konon nak bagi kat ayu la.
video terima kasih bagai. banyak kali aku try upload kat facebook tak lepas lepas.
naik hantu sudah.
nanti sok ko balik malaysia ko tengok sendiri la ek yu..

huksss.. bye  bye alley 16, lane 199
🙁 🙁

dari rumah ayu kitorang tahan cab.
patutnya boleh je jalan, tapi ngenangkan beg dah bertambah 1.
memberat plak tu. harus kemalasan nak seret.
so naik cab terus ke office ayu.

dah masuk waktu lunch, so nak la makan dulu.
kang kelaparan pulak.
kami ke ikea makan salmon yang setappp…

patah balik office ayu, amik beg dan kebetulan bas pun sudah ada.
tapi kena tunggu kejap sebab driver nya tengah makan mee cawan.

beg kena simpan sendiri kat bawah.
semua bas kat taipei ni 2 tingkat tapi kat tingkat bawah khas untuk beg sahaja.

sementara nak tunggu bas gerak, kita posing posing dulu.
masa ni matahari dah keluar tapi tetap sejuk pabila angin bertiup.

bas ke airport nombor 5502. jangan salah naik bas eh..
dan kemudian tibalah saat yang menyedihkan…

bye bye ayu….
terima kasih sebab tumpangkan aku & ernie selama seminggu nie.
lebih kurang mintak halal.

kalau ada tergurau terkasar bahasa mohon diampunkan
terpinjam baju kasut semua harap ko tak marah 😛

thanks jugak sebab dengar aku pot pet luahan perasaan aku malam tu.
walaupun memetir metir suara aku, aku harap gegendang telinga ko tak bernanah mahupun pecah.

tak sangka kan, kejap je kita berkenalan tapi dah rasa macam bertahun tahun.
insyaAllah panjang umur ada rezeki kita akan jumpa lagi..

friendship forever babe… (K) (L)

14 thoughts on “Bertemu & Berpisah Adat Manusia Biasa

  1. lawa baju ko

    ko nak rasa kurus meh amik gambar berdiri dgn aku
    hahaa
    ari tu gambar duduk kan tak teserlah kegemokan aku

  2. haha semangattt .. tu nk bgtau tu deme berdua beli baju baru.. meroh.. kita bertiga beli sesama.. tp aku tatau plak deme nk ajak pakai haritu. mak belasah itam… kalau tk sure lawa begambo..

    alaa tade apa nk minta itu minta ini.. apa gunanya kawan.. am happy if uollss happy.. nnt dtg lagi ke tempat yg baru plak ya..

    • tu ler.. lupa nak suh ko pakai sekalik.. huhu..

      of coz weolls happy uolls…
      sila posting tmpt best2.. wah mcm la boleh request2 kan.. hehe

  3. watamat al kisah perjalanan taipei…sekian…eh dh tamat ke..ekeke 😉 …ape2 tqvm (Y) sebab memberi kesempatan aku menjamu mata nengok warna2 korang holiday kt taipei sanun..nak nunggu aku sampai idak ler bila tahun ler gamaknya…numpang seronok kawan2 kan… 🙂

Comments are closed.