Awak Ni Jahat Lah!

hari tu aku gi sungai wang sebab misi mencari sesuatu.
mencari apa kah? tu nanti aku story kat entry lain yer.
pastu nampak kat depan sungai wang tu ada cam promosi ke event ke tah.

wall’s. nak bagi seratus ribu aiskrim free ko.
memula encik z ajak q aku adalah kemalasan.
ye la ntah ntah kita nie orang ke berapa ntah.
tetiba sampai orang aiskrim kata ‘maaf cik aiskrim dah habis’
macam mana nak sorokkan muka kann…

tapi encik z meyakinkan aku. lagipun q cam laju jer bergerak.
so ok la, mari kita q.
masa nie panas dik dik oh…
terus rasa cam nak lari pindah kutub utara. ek eh..

yeay dapat aiskrim.
tapi sorang satu ketul jer ek.
jangan ko ngada ngada nak mintak lebih plak.
ada yang kena humban masuk dalam tong aiskrim plak kang..

inilah aiskrimnya.
ala tak ingat nama.
tapi ada rasa vanilla dan strawberry.
nyum nyam nyum nyam …

sepanjang event nie, diorang dok ulang lagu jahatnya cinta sebanyak lebih lapanploh kali.
korang tau tak lagu jahatnya cinta tu?
combination lagu jahat stacy & inilah cinta akim tu.

nie aku try letak youtube ni.

sesapa yang boleh view sila komen yerh.
sapa yang tak boleh view pun boleh komen jugak hehe..

nie lirik lagu Jahatnya Cinta.

Oh jahatnya kamu
Inilah cintaku, inilah sayangku, inilah cinta

Terpegun aku melihat kamu
Bergetar hatiku oh
Dan terus ku datang mencuba
Adakah khayalan menjadi nyata

Aku, aku bagai sudah terkena
Hati gembira rasa jahatnya kamu
Engkau, engkau penyebab ku terigau
Jiwa mula bermanja jahatnya cinta

Kepala kata jangan gelojoh
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Dah terkena, terkena demam cinta (2x)
Oh jahatnya cinta

dan kalau ko nak download lagunya boleh KLIK SINI.

P/S : awak ni JAHAT lah.. main skodeng skodeng saya yer..
takpe takpe.. awak tunggu, nanti saya buat ENTRY KHAS untuk awak..
alah.. macam awak selalu buat tu..
baru adil & saksama gitu… 😉

16 thoughts on “Awak Ni Jahat Lah!

  1. Dah dengar lagu ni kat era..
    Tak best lah..
    Serius, tak berapa nak suka plak..
    Uik, bestnya dapat free ice cream..

  2. salam kak MYA,

    kak saya ni silent reader akak…tp kali ni dh x leh nak silenttt…sbb saya minattt sgttt dgn baju akakkk….beli

    • salam azura, tq bc blog akak yg merapek rapek ini..
      baju mana awk maksudkan? komen awk cam tak lengkap je huhu…

Comments are closed.