Lain DiCari, Lain DiBeli

ini cerita hari sabtu. weekend sebelum aku masuk wad tu.
hari sabtu ngan ahad berturut turut aku makan kat nasi kerabu keramat.
hari sabtu makan laksam gambar di bawah.
hari ahad makan nasi kerabu.
taktau la adakah aku food poisioning sebab laksam & kerabu nie atau tak.
sebab aku dah selalu makan kat sini.
tapi tak tau la kan.. kalau dah nak kena.. kena gak.

dari situ terus ke berjaya times square.
aku mau cari boot. yer boot.
sebab aku kan nak gi taiwan lagi 2 minggu.
baca blog ayu kata masih sejuk lagi di sana.
tu yang cam nak jugak beli boot. nak feel feel pose pose.
heeeeeee berangan sangat. lantak.

aku nak boot cenggini..

atau cenggitu..


pendek kata yang simple simple saja laa…
namo yang ada heel. nak yang flat sebab ayu kata nak bawak kitorang masuk ladang. huhuuuu…
ladang bunga yer anak anak.
sekarang sakura sedang berkembang mekar.

taktau la kot ayu buat dajal bawak kitorang masuk ladang lembu plak.
tapi kalau ladang lembu pun apa lah salahnya kan..
boleh berkenalan dengan lembu taiwan.

tapi susah benauuu nak dapatnya.
kalau ada yang aku berkenan, takde saiz pulak.
kalau ada saiz, melampau sampai RM150++ plak harganya.
kalau yang ada saiz dan murah, pesyen plak aku tak kenan.

nak pinjam boot ayu, tapi kaki dia saiz cinderella la plak.
yang kaki gajah macam aku ialah zara.
tapi zara kat ireland.  takkan nak suh zara pos boot dia plak.
mau kena maki bertalam talam.

pusing times square takdak, kengdian ke sungai wang piula.
pun takdak jugak yang berkenan di hati, terpesona di mata.
ingat minggu ni nak try carik lagik.
kalau takde jugak, pasrah………..
aku beli kasut sarung jer ler gamaknyer.

pusing punya pusing tetiba nampak gerai jual serkup kepala ala dato’ siti nurhaliza.
terus cam nak singgah..
aku kaup 4 ketul terus ko..
2 ketul hitam tu satu untuk kak as dan satu lagi untuk hasin.

lagi 2 ketul kaler putih ngan pink tu aku kaup untuk diri sendiri.
nanti kat taiwan boleh la bertukar tukar serkup kepala mengikut warna baju. awwww… berangan sangat.
orang tak pernah jalan keluar oversea jejauh.
ginilah romannya.
tahap jakun dia tak berapa nak dimaafkan sangat.

aku mungkin nak round berjaya times square ngan sungai wang plaza minggu nie.
last kopek dalam pencarian boot.
so kalau ada sesiapa nak kirim serkup kepala ala dato’ siti nurhaliza nie, boleh la aku belikan.
RM35 yer seketul. place your order now. ewah…

16 thoughts on “Lain DiCari, Lain DiBeli

  1. biasakla pompuan n shopping xleh dipisahkan..:)

    selamat meneruskan misi mencari boot ye…

    kalau x jupe gak, pinjam kat PCK..hehe

  2. maya beli serkup tu kat BTS eh .. ?? .. kat mano .. ?? … mcm cara je klu bin nak pakai sekali sekala kan kan kan ..

    • kat sungai wang bin..
      ok jer sesekali nak pakai.. pakai turtle neck so cover leher..
      try arh..

  3. I pun minat boot yg jenis gitu. Tapi susah gila wei nak jumpa. Kalau ada pun, harganya, gigil tangan nak kluar duit… huhuhu.

Comments are closed.