Fak Yu!

semalam aku time off.
appointment follow up check up ngan doktor hisyam kat hospital tawakal sana.
ikut kan appointment kul 2 petang.
bersungguh sungguh budak assistant doktor tu suh aku datang tepat kul 2 tau kak.
jangan lambat.

so kul 1 tengah hari aku gerak la dari office.
aku ke celcom dulu.
aku dah fedap dengan digi. dah dua kali submit pun alasan reject nya sama.

salah satu nombor tak aktif.
apa ke he yang tak aktifnya.
nombor aku, nombor encik z, nombor yaya.
semua pun aktif apa.
lagi satu alasan katanya salah satu nombor tu bukan main line nama aku.
habis takkan nama yaya kot.
aku dah taktau nak blame celcom ke, digi ke.
yang pasti aku dah putus asa, marah pun ada.

sebab alasan direject tu sangat sangat ridiculous.
kalau alasan ko tu munasabah ok la kan..
contoh : seorang bekas janda tidak boleh migrate line (ko punya contoh lagi ridiculous normaya)
dah la malas nak memekak memekak lagi dah.
taktau nak fak yu kan digi or celcom. heh!

so semalam aku terus gi celcom.
aku amik pakej internet yang RM38 sebulan tu.
katanya dapat 1KB. aku memang taktau menau la KB ke KC ke KD semua.
yang aku tau benda nie bukan unlimited lah.
so sila guna bila perlu yer normaya.

pastu aku kensel kan voicemail dan roaming kan.
aterrr 7 hari berjauhan dari tanah air.
nanti rindu dendam ngan encik z & yaya boleh la call sekejap sekejap.
korang yang tau aku nak pegi nie, takpayah ler nak call call plak ok.
tak pasal melambung bil aku karang. tapi kalau sms ok, takrif adalah sama.

masa kat celcom tu kan, boleh plak aku punya kancing seluar tercabut.
actually kancing tu memang dah dihujung tanduk, tapi aku sauk jugak pakai.
aku rasa brader belakang aku tu perasan kot masa kancing aku tercabut.
sebab dia senyum simpul tersipu sipu.
aku jeling jeling je la kiri kanan tengok kot boleh nampak kancing tu.
takdok…

dah la perut sebesar gendang, harus ternganga zip seluar aku tu.
sib baik kemeja aku labuh. kalau tidak… lu pikir la sendiri.
fak yu zip seluar!

sempat adik celcom tu tanya aku.

akak roaming ni nak pegi mana?

aku cakap la taiwan dik.

hah taiwan? taiwan bukan dekat dengan jepun ke kak?

sentap!

haisyooo dik ko menakutkan akak sahaja.

insyaAllah takde apa kot kak ek…

sampai kat hospital, tak kelihatan kelibat doktor.
orang meramai plak tu.
ujung ujung kul 3 petang gak aku leh jumpa.
cena tu uolls.. haishhh…
baik ko buat sistem 1st come 1st serve. pasrah.

masa tengah nunggu doktor tu, ada la satu keluarga duduk sekali ngan aku.
mak apak. anak 2 orang lelaki perempuan.
yang perempuan dalam darjah 2 kot.
yang lelaki umur 3 tahun aku rasa.

memula tu ok la lagi.
pastu sambil tunggu tu, aku bawak keluar brochure rhb nak baca.
aku dengar budak kecik tu hentak hentak kaki cakap kat mak dia
‘nak kertas tu…’ sambil juih bibir kat aku.
‘kertas mana’… mak nya tanya
kertas tuuuu.. kertas kat kakak tuuuu’
‘ishh mana boleh’

pastu dia dok usik usik kakaknya..
diambik selipar kakaknya dibaling bawah kerusi..
dalam hati aku dah uishh ganas budak nie..

assistant doktor aku taktau sebenarnya berapa orang.
tapi kat depan masa tu ada 3 orang.
dok sembang gebang bagai..
yang sorang tu asyik la dok kata bodoh la kau..
budak kecik tu ngikut oh..
bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh..

tapi itu bukan pengakhiran cerita yer.
diselaknya plak paper yang bapak dia pegang.
ayah ni babi babi. (ada gambar babi kot dalamnya)
pastu dijerit babi babi babi babi..

tak lama kemudian pastu dilipatnya paper tu.
jadi gulungan. dia datang kat aku, dipukul nya kaki aku!
bukan sekali tapi dua kali!
heyyyyyyyyyyy budakkkk ini sudah lebih!!!

yang buat aku lagi hangin mak apaknya tak de pun nak bangun amik anak dia ke. memasing just haziqq haziqqq..
no offence yer anak anak yang nama haziq..
at least ko bangun tarik la anak ko.
ini sori tak hapa tak.
fine la budak tetap budak, yang mak pak budak? takleh pikior ke?

ini juga bukan ending cerita yer.
budak nurse depan tu jawab call, pastu dia nak transfer call tu la.
katanya ‘hold on sir, i transfer you to bla bla’
tetiba budak kecik tu jerit apa tau?

fuck you! fuck you! fuck you!

aku cam aaaaaaaaaaaa???? apakahhh???
mak apaknya tatapppp lengai lengai…
adoiyaiii… umur 3 tahun okk… paling tak pun 4 tahun besar caca tu..
sadiss…

itu pun bukan pengakhirannya.
yang kali nie baru betul betul klimaks.
dipanjatnya kerusi.. duduk atas badan apak dia.
tiba tiba. dia slide elok menjunam kepala ke lantai.
gedebuk! bunyi.
tau plak ko meraung menjerit kan budak..

aku buat dono jer..
pandang tidak. bercakap pun tidak.
satu klinik bergema ngan suara budak tu.

fak ah!

39 thoughts on “Fak Yu!

  1. OMG!sumpah kalau anak aku la yg menyebut.. tok sah kata ko sebut fak u babi semua.. ko sebut bodoh je pon mmg hazab ko kena.. harus ko menyesal mak ko nama qistina…..

    • betul babe.. patutnya kita nie mak la yang tegur per..
      ini mak apak nya pun lengai.. cena..

      • didikan tu babe.. sama jugak dgn kalau anak org dtg rumah org n usik brg sana sini.. lari sana sini.. kita as mother konpem la cubit n lepuk n sound.. busuk2 pun kasik jegil mata sket supaya anak tu takut.. ini.. anak kawan mak aku rilekkkkkks je gi main penutup kuih raya mak aku.. set queen anne okeh.. main mcm cymbals masa kita kecik2 kelas muzik tu… urut dada mak aku tgk mak dia sibuk ratah kuih raya buat bodo jeeee

  2. aku penah jumpe mak apak sepesen gini…aku plak yg rasa dah ringam vontot nak bangun bagi penampor ligan lelaju kt anak dier..rasa nak jer ikat budak tuh kt tiang…aku bab2 budak2 cegini phantang tul! mmg ler tahap dewa kemarahan naik…yang mak apaknya leh wat muka selengai sengal2 duk kat kusi…berhangin taufan jer aku time tuh..tak kuat cakap..heh..jgan usik..ehh diam la..tapi tahap volume suara eh tuh cam dalam kelabu..
    xheran ler anak2 buah aku mahupun opismate aku ckp aku garang..hehehehe 😀 …garang bertempat tk pe..hati ada baik jugak 😉

  3. camni gaya, tak salahkan budak tu..salahkan mak pak dia je yg ngajar cakap menda2 tak patut dicakapkan tu.
    Eish..geram lak rasa Mya… huhu

  4. geramnya aku baca citer ko ni maya….
    aku tak faham, mak bapak boleh biarkan anak cam gitu.
    jika dibiarkan memang tidak beradab lah budak tu di masa hadapan.
    elok gaks tu, jadi pengajaran jaduh tersembam…

    kalo mak ayah aku tu, memang dah bagi siap kena piat telinga and libas bulu ayam tu. ditambah lagi dengan kena cili mulut. hohohhoho… nostalgia nostalgia…

  5. kekecik dah blaja fak yu fak yu, apa kejadahnya
    tak pe nyah yang penting dia panggil ko kakak instead of makcik, syabas

  6. advance sungguh bebudak zaman sekarang kan, takleh sebut benda yg buruk cepat jer diorang mengikut…nasib baik makpak dia ado lau tak harus kena selempang dua tuh…lau tak dapat anak makpak dia boleh jer ko lempangkan skali 😛

  7. susah kan..kalau budak2 dah pandai cakap cam tu…
    tapi kalau iLa..hehe..sekian….kena penampor lah anak-anak ila
    biarlah org kata ila garang ke haper ke….yang penting…anak-anakku tidak kurang ajar dan tak cakap benda bukan2..nanti bila anak dah cakap cam tu..yang di salahkan mak pak gak..so baik aku tampor dulu sebelom org lain tampor

  8. siapalah mak bapak budak tu… dapat kat aku mau dibenamkan je kepala dalam kolam… mongokkk….

  9. …adoiihai….hyper sungguh gaya budak tu….
    nuriel pun selalu hyper gak, tapi bila kat depan org wat perangai, mau kena cubit-cubitan…biar lah meraung pun meraung le…..:(

  10. mak aih kak..
    part babi n fuck u tue yang tak tahan..
    giler btul mak pak nye leh wat bedek je kan..
    tapi kira akak okeh lagik lar yek da kena pukul ngan budak tue pun akak diam jerk..
    kalo yaty tue, mau mak pak nye kena setepek..

  11. selalu gak terjumpa mcm crita akak ni..geram jek tgk, sesekali rasa cam..eiiii,apa ke jenis mak apak ntah.biar je anak nk cakap suka2 hati kat public.klau kita marah anak pun xguna klau parents dia cam xkesah kan..kecik2 cam tu la kita kena ajar. dah besar karang klau melawan mak paknya, jgn la hairan ke hapa…dah dr awal gitu kan…

Comments are closed.