Discaj

kat facebook aku dah update kata aku dah discaj.
kat sini tak update plak yer.
aterrr tak semua readers blog nie friend aku kat facebook kan.
so ok aku kasik update.

aku discaj hari rabu hari tu dalam pukul 12 tengah hari.
sori la yer lambat update. tapi ok apa aku update hari nie.
kalau aku update next week? heeee…

ok ini breakfast terakhir.
tapi sampai lambat tau.
selalu kul 8 pagi camtu dah sampai.
nie dah pukul 9.30 pagi tak sesampai gak.
aku cam ek eh napa kan..
walhal dah semangat tick nak makan bihun sup nie.

bila aku bagitau nurse pelatih baru semua cam eh ye ke kak.
takde choice ko. sama ada roti atau bubur. huhu..
sebab lapar, so bedalll la labu..

lepas makan aku mandi.
aku dah 2 hari tak mandi he he he…
ye la masa pakai drip tu kan ke kepayahan nak mandi.
lagipun lepas mandi aku barinnnnnng jerrr..
so nak mandi wat per kan.. bukan ada orang tau pun.
kalau kena tahan bau tengik pun, nurse jer.. apa kisah..
dah tugas dorang kena tahan bau tengik pesakit.. heee..

bila dah dapat tau boleh discaj, aku pun packing la barang barang.
tetiba muncul seorang umat.
memula aku cam eh sapa ko nie..
rupa rupanya laaaaaaaaaaaaa…. si Mr J.
nama sebenar terpaksa dirahsiakan demi keamanan sejagat.
tidak mau pisang berbuah dua kali.

dia lepak kejap sambil kitorang tengok gambar gambar lama kat dalam facebook.
aku rasa dia nie berjawatan ADA ADA jugak la..
gaya dah macam tuan besar.
dulu kat sekolah comel comel jer…
dia bawak aku buah buahan.  tapi aku kena pantang makan buah la buat sementara waktu.. iskk..

walaupun dah mandi tapi macam tak mandi kan..
rambut kusut gila. malas nak basuh rambut sebab syampu hapa semua takde.

siap packing, turun bawah untuk check out. wah check out katanya.
pastu amik ubat.
pasal kes darah putih aku tu, aku tak dapat nak bagitau apa lagi sebenar masalahnya.
nanti 8hb ada follow up ngan doktor, aku tanya yer..

hari nie pun aku MC.
insyaAllah isnin aku masuk kerja.

terima kasih la korang korang yang rajin komen kat blog nie pasal aku masuk hospital. walaupun berangkai rangkai entry nya.
nasib baik korang komen. kalau tak harus aku sentap.
yer la pepenat aku buat entry bagai, tetiba semua orang senyap membisu tak bagi komen. haruslah sentap kan..

eh ke ko tak sentap? ko tak kisah kot? :-[

pasni pun ada lagi tau entry pasal aku masuk hospital tau.
jangan muntah darah baca iyer…

18 thoughts on “Discaj

  1. Yahooooo… Syukur ke hadrat ilahi..
    Kak Maya da sihat…
    pasni kena rajin masuk dapur la yer…
    takot food poisoning lagi…leh masuk sepital lagi..
    yeyeyh….dapat munge lagi…hihihihi..
    ok.. jgn lupe makan ubat yer..
    Love u sis… (L)

Comments are closed.