Apa Saya Buat Selepas Keluar Dari Hospital

tanpa rasa bersalah lepas keluar hospital terus pi makan meatball.
tak agak agak.. heeeee…
aku ada appointment kat ecurve.
so sekalian terus ke ikea.
dah sampai ikea, hari kerja plak tu. harus gi terjah makan meatball sementelaah pasti tak ramai orang kan..

amik yang 10 ketul terus.
encik z makan 3 jer. yang lain aku bedal.
aterrr 2 hari makan makanan hospital.
harus nak makan benda lain yang lebih berorgasma gitu.

asyik dengar je pasal kelazatan kek daim ni.
aku memang tak pernah try sebelum ni.
jadi cam ok la up satu kek daim.
rupanya sedap yer.. patutlah korang suka bebenauu..
memang begini! (Y)
muffin itu encik z yang punya.

aku ke ecurve mau nonton filem beastly.
lagi melampau kan. lepas keluar hospital terus pi nonton movie.
Assalammualaikum kak as. tumpang lalu…

dapat tiket free dari nuffnang.
tapi bukanlah straight forward dapat dari nuffnang.

dapat dari mak merah.
kemudian mak merah lantingkan satu tiket untuk aku.
begitulah kekiranya.
tq yerh kak. next time kalau ada lagi, lanting-lantingkan lagi iyer…

Beastly ni ok jugaklah ceritanya walaupun jalan cerita cam agak longgar.
agak longgar maksudnya tak begitu kukuh. eh sama lah kan? heee…

mengisahkan tentang kyle yang hensem kacak bergaya, popular lagi kaya.
tapi dia punya sikap buruk iaitu suka menghina orang yang berwajah warok.
jadinya dia sudah hina ini seorang budak perempuan.
rupanya budak perempuan ini mempunyai kuasa sihir.
lalu disihirkan si kyle.

wajah kyle menjadi warok dengan tatoo dan parut di wajah.
rambut tiada, terus bertukar botak.
kira memang hodoh la..

dari kacak begini…

bertukar begini….

sumpahan kyle akan berakhir dalam tempoh setahun.
itu pun kalau ada perempuan yang cakap ‘i love u’ kat kyle.
kalau takde, seumur hidup lah kyle akan berwajah warok gitu.

dalam filem ni aku kira alex pettyfer cuma guna wajah sebenar dia dalam 5% jer.
lelain semua pun wajah buruk.

ah malas lah nak cerita lagi.
kalau nak tau lebih lanjut pi nonton sendiri.
lemak la asyik aku bagitau A to Z.. heh.

12 thoughts on “Apa Saya Buat Selepas Keluar Dari Hospital

  1. Laaaa pelakon yang sama dengan movie I am no. 4 ke ? hehehe aku baru nengok Isnin (semalam) kat the curve juga… Tak terperasanlah pulak mamat yang sama ni. Nengok blog ko ni barulah terperasan…

    Memang ada plan nak nonton Beastly juga ni…

Comments are closed.