Trip to Dot Dot Dot Part 1

oleh sebab ramai sangat yang nak tau trip to dot dot dot aku tu ke mana, makanya aku share share lah kat sini eh..
awal awal tu aku bukan poyo poyo nak rahsia ke apa, tapi tau lah kita cuma merancang, Tuhan jua yang menentukan.
takut kang poyo poyo cerita, tetiba tak jadi.
sapa yang malu? mereka dan keluarga mereka jugak.

lagi satu pun aku taknak la di cop propa plak.
yo yo o kata nak gi sana sini, tapi sebenarnya haremmm…
tak rela ai dicop kaki propa ok..
pastu sendiri propa sendiri meroyan. kesian.

ok, jika panjang umur dan diizinkan olehNya, insyaAllah aku akan ke taipei 4 minggu dari sekarang.
taipei yer anak anak. bukan taiping.
taiping tu tetiap minggu boleh balik *zzzzzkkkkkkkkrssssazzzzz (bunyi petir)

taipei di mana? taipei di taiwan eh…
taiwan di mana? errr.. errrr… sila la google maps. huhuuu…

cemana kisahnya aku boleh nak ke taipei nih?
aku tau la kawan si ernie, ayu ada di taipei sinun.
ernie, ayu ngan zara sekapal lah. kerja kat wisma putra.
so memang akan di posting ke over the sea gitu.

zara dah selamat ke dublin, ireland sana.
ernie plak masih samar bayangan.
dan ayu kat taipei.

bermula ngan ayu add aku kat facebook.
cingcongcongceng bagai, dua hari lepas tu terus aku ngan ernie tanpa rasa bersalah terus beli tiket ke taipei.
kira cam 2 hari punya pikir terus zass zass beli.
tiket aku beli airasia. RM1017 return.
ada yang kata mahal. yer la kot, sebab beli pun cam dah lewat kan..

nak travel bulan 3. beli tiket bulan 1. harus la agak memahal tiketnya.
lain la kalau ko dah beli awal setahun ke kan..
tapi takpe, accomodation dah jimat.
duduk rumah ayu seminggu.
berumah tangga la kitorang kat rumah ko eh ayu…

walaupun taiwan tak termasuk dalam list negara yang aku nak lawati, tapi tatapp oh teruja. nak nak plak first time aku ngan ernie nak travel jejauh together gether. jumpa plak ayu yang sengal kat sana.
mesti happening! 😉

lagi double teruja sebab ayu kata waktu kitorang pegi tu tengah peralihan musim antara musim sejuk ngan musim bunga.
vavavavavavava….

nie trip to dotdotdot aku yang pertama.
bulan 4 pun insyaAllah aku ada trip ke over the sea lagik..
tu nanti aku reveal later later okeh..


20 thoughts on “Trip to Dot Dot Dot Part 1

  1. vavavaaaaaa kita sambung kitanye sengal bulan 3 nnt k.. aku dh siap kemas romah nk terima menantu.. ehh tetamuuuu… nnt dekat2 nk fly aku akan listkan brg2 wajib dibawa terutama sekali petai la kot.. biar wangi sket bag korang whahhahahahahhaha

    part 2 pls!

  2. betui tekaan ai sbl nie cuti dot dot ittew….selamat bercoti2 bersuka ria geder2 ngan ernie…pesan kt ernie..akak dia nie mau ole2 *hishhh xmaluuuuu…dulikk!!eke 😀 ekeke

Comments are closed.