Mata Warna Warni

jangan ditanya bilakah peristiwa ini berlaku.
yang pasti berminggu minggu sudah..
kami adik beradik tiri pi the mall makan kat secret recipe.
lama sangat tak makan tom yam kung.
maka nya yok makan.

kaktin ngan payiet amik set valentine.
walaupun begitu mereka tidak mempunyai hubungan cinta ya..

sambil makan sambil ber kak nam.
payiet cuba mengecek makanan kaktin, tapi tak jalan.
kaktin bo layan.

lepas makan kami ke kedai optikal.
kaktin mau beli contact lens baru.

eueeieueieuieieeu tak tau plak aku ada crazy lens cenggini.
kalau beli yang merah tu, pastu buat buat terperanjatkan encik z pun syiok jugak kan.
berlakon cam kena rasukan ablasa gitu.
agak agak encik z takut tak?

aku skarang memang tak pakai dah contact lens.
dulu dulu penah pakai. waktu menggediks bujang trang tang tang.
aku ingat ada sekali tu kan, aku pakai waktu teambuilding masa kerja kat maxis.
nak ke bukit fraser sana.
aku pakai la lens warna biru. tak menahan berangan sangat kan..

pastu dalam bas aku tidur.
bila terjaga jer, bukak bukak mata… tengok contact lens tu dah takde ko..
haruslah perasan sebab pakai biru kan..
apa laga, menggelabah lah..
korek korek bijik mata, rupanya contact lense biru tu dah tersentil kat dalammm..
takooootttt….
nasib baik aku berjaya tarik keluar jugak.
kalau tak, tak pasal pasal kena buat operation kan..
gitu la kiranya..
pastu dah macam tak koserr dah nak bercontact lens kaler kaler. begitu.

pastu pegi butik belle.
kaktin mau beli baju dan seluar baru.
urusan beli contact lense kurang dari 5 minit.
urusan beli baju kurang 5 minit juga.
ko memang express kak..

di hari yang lain pula.
kali nie sebelah petang.
kaktin ajak aku ngan payiet teman dia pi the mall.
dia mau amik handphone yang dihantar baiki.
i follow…

nyah, kaktin belanja kita makan secret recipe..
pastu dia beli contact lense..
pastu dia beli baju seluar..
pastu dia beli blackberry..
dia kena loteri ke?

kaktin sila jawab. heh.

12 thoughts on “Mata Warna Warni

  1. Paling aku takut lens yang macam mata kucing tu, perlu ke manoksia bermata kucing? euieuieui (@)

    (I) kak tin murah rezeki barangkali hehehe

Comments are closed.