Makan Susah Tak Makan Pun Susah

korang selalu tak mengalami masalah -nak-dinner-apa-malam-ini?
aku ngan encik z boleh kata hari hari ada masalah nie tau.
weekdays biasa aku tak masak dah.
sebab balik kerja pun dah pukul 6.
nak sampai rumah meredah jem lagi.
nak masak lauk lagi. nak tanak nasi lagi.
pukul berapa leh makan? walhal masing masing perut dah berkeroncong..

semalam aku cadang kat encik z, jom pi makan bubur nasi kat kampung baru.
laki aku tu selalu pun ikut jer.
tapi kalau makanan jepun, makanan cina dia menolak keras.
walaupun kadang kadang aku paksa paksa jugak.. ngeh ngeh..

so ke kampung baru kita.
restoran diberi nama johan seafood.
banyak lauk pauk yang boleh ko pilih untuk dimakan bersama bubur nasi itu.

teh o suam untuk encik z.
dan tembikai untuk aku.
kalau mama baca blog nie, mesti mama bebel.
banyak kali dah dia suruh kurangkan minum air tembikai.
kurang molek untuk kaum hawa.
em sorry ma.. sesekali jer nih..

bubur nasi untuk 2 orang.
dan 4 jenis lauk. ikan bilis goreng, ikan masin goreng, cendawan masak err err err.. tak pasti & daging masak hitam.
ikan bilis ngan ikan masin kena ada oh.
kata makan bubur nasi kan..
kalau takde, tak kick lah..
daging masak hitam tu yummy.. terbaik..

cuba ko tengok apa persamaan lauk pauk di bawah?
yer.. semua pun ada dicampak cili api / cili padi.
warna merah tapi dia punya pedas… haisyooo… boleh bikin orang meninggal ok…
tapi lagi pedas lagi ko nak ngap ngap ngap..

hari ini nak dinner apa la pulak ek?
masalah masalah…

18 thoughts on “Makan Susah Tak Makan Pun Susah

  1. hahaha.. kami pun selalu ada masalah nak makan apa.. kalo kami masak kan, nanti asik lah merepeat menu yang sama sampai jepp buat lagu bila kami masak..

  2. huhhu, tu jugaklah yg menjadi masalah negara kecik kami ni…. mau makan apa…..hehehehe. kalau selalu masak pon oring, selalu mkn luar pon oring….cemana tuh ? 😛

  3. kau x pe la, berdua gitu. aku ni tetiap hari pon mikir benda yg sama. tp payah la kalau mkn kat luar memanjang. kopak mak!! 6 org ni…bukan berdua. blk ni musti nk kene pikir lg nk mkn apa anak branak! adoi……….

  4. errk kak napa tak elok minum air tembikai??sy suka air tembikai ooo tp tak pernah tau lak napa tak elok minum…cuba citer sikit kak…

Comments are closed.