Love, Nora & Memori Tercipta

sapa dah tonton filem love, nora?
aku baru sempat nonton siang tadi.
encik z takde kat rumah, dia pi perarakan maulidur rasul.
makanya aku kongker tv boleh nonton apa apa ajer.

aku suka la nurliyana shamsudin tu berlakon. somel jer dia…
cerita nie sedih oh..
sob sob sob aku nangis seorang diri ;-(

aku malas nak bagi sinopsis atau review, tapi kalau ko nak tau boleh pi blog payiet. rajin plak mamat tu nulih panjang lebar.

aku cuma nak share salah satu lagu dalam cerita love, nora nie.
memori tercipta shila oiam nyanyi.
lagu lama. tapi bila lagu nie keluar dalam love, nora macam kena sangat.
kira kesan tu amat mendalam tsktsktsk…

aku share kat sini lirik lagu ngan youtube shila nyanyi together gether ngan ayu oiam.

<iframe src=\”http://www.youtube.com/embed/GH7vTOetmVE?fs=1\” allowfullscreen=\”\” width=\”425\” frameborder=\”0\” height=\”344\”></iframe>

EDITED : dah lebih  lapanploh kali aku try attached video youtube kat sini tapi tak jugak boley boley.. naik hantuuu sudah…

takpe takpe, kalau ko nak tengok videonya, ko gi kat blog MYASEFIA aku sana.. aku upload di sinun. tengok tau.. sebab video adalah best dan comel juga..

Memori Tercipta – Shila OIAM

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

10 thoughts on “Love, Nora & Memori Tercipta

  1. mya… lepas aku baca sinopsis kat blog si payiet yg ko cadangkan tu… aku rasa citer nih cedok citer p.s. i love you lakonan hilary swank ngan gerard butler… dlm p.s. i love you.. yg mati adalah lelaki dan dia tulis surat… kirenya.. si isteri akan terima surat daripada si suami yg telah mati dan dalam surat tu dan at one corner, si suami akan tulis p.s. i love you… si suami merancangkan apa yg isteri perlu buat… dan surat2 suami itu yg membuatkan isteri itu felt “alive” and look forward.. at the end… cliche ending is… si isteri tu jatuh cinta pada kawan baik suami tu…

    • aku penah dgr gak psl p.s i love you too.. tak sangka plak sama ngan love, nora eh…
      tapi best la cerita ceni kan.. cam romantik n sedih gitu…

      • pada aku pun best gak lar.. bley ar nak fefeeling romantic….

        yg best nyer…. predictable ending!

        • aku igtkan dia nak kat cikgu bahasa melayu dia tu..
          tetiba cam terus hilang jer cikgu dia tu kan

Comments are closed.