Lepak-Lepak @Waterfront Lumut

lepas check out singgah kat kedai-kedai jualan depan hotel.
nak beli la sikit jajan jajan untuk memember office.

pastu terus gerak ke waterfront sana.
oh masa nie aku tengah sentap ngan encik z.
kenapa? eh rahsia suami isteri mana boleh kasik tau.
tapi kejap jer aku sentap pon. koserr la nak sentap lelama.
lagi pun kena jaga air muka suami depan mak mertua dia (H)

jalan jalan kat kedai.
tapi takde beli apa pun kat sini.
tshirt semua pun i love pangkor.
mek tak sampai pangkor pong. motip nak beli..??
apasal takde tshirt i love lumut eh?
korang tak love lumut meh?

actually aku dah pernah sampai lumut nie beberapa kali sebelum nie.
uncle azhar & auntie rozie stay kat sini.
dulu kecik kecik ada datang rumah dorang yang sungguh lah haihh besarnya.
quarters dalam TLDM tuh.
pastu dulu masa kerja kat JUPEM, aku ada gi course kat teluk rubiah sana.
sekalian ke pulau pangkor jenjalan.
kemudian treasure hunt BNM ngan inter finance. tahun bila ntah.. 2006 kot?
ada buat kat damai laut sana.
makanya ada lah jalan jalan kat lumut ini makan mee gulung.

stop kejap pekena ABC.
sekali lagi menguji kebijaksanaan yaya.
tapi kali nie suruh dia order ABC 3.
ok lulus.

hangat hangat nie slurpp slurpp ABC memang syurga oh..
ABC nya pun lazat.

tak perasan encik z snap gambar gambar yaya kat bawah nie.
suka plak aku nengok nya sebab candid 😉

walaupun ko nampak rambut aku terbuai buai kan, tapi  yang sebenarnya panas dikdik ok masa nie.
terbakauu kulit.
sib baik pakai baju tu memang selesa.
aku beli online dari the poplook.

encik z kata warna baju orang tua.
hello…. ai memang dah tua apa. sudah 32 tahun.
lebih baik kita sedar diri pakai baju macam orang tua, dari berangan pakai baju kecik kecik macam orang muda.  tak sedar diri kekdahnya.
jadinya sila lah berpakaian dan berperangai seiring usia yer anak anak..

dari waterfront yang kat jeti tu kami ke depan sikit.
pun ada kawasan cantik untuk lepak lepak.
stop kejap untuk amik gambar.

encik z suruh yaya pose kat patung patung dolphin nie.
tapi boleh plak yaya ketakutan.
dia kata takut dolphin nie gerak.
memacam la awak kan yasmin..


: : berlatarbelakangkan kapal kapal mewah yang cantik: :

mintak yaya snap gambar nie.
ko bayangkan dia sekenit tu pegang dslr encik z.
ada orang orang keliling dok senyum jer tengok dia.
mesti kata mak apak dia dera kan.. heee..
em sorry anakku…


: : self timer. sebab tu senget benget : :


: : mama tengah cerita tentang otak dolphin yang boleh berfikir sama seperti budak umur 5 tahun. ye ker ma? : :

seterusnya. ke taman hutan paya bakau.
stay tune okeh… 😉

6 thoughts on “Lepak-Lepak @Waterfront Lumut

  1. dah x ingt bila last pegi lumut. bile tah. apsal tah bole tetibe smpi kat situ pon dah lupe. kene ingt balik nii hmmmmmm

  2. Cayalah yaya, dah boleh amek gambar pakai DSLR, latih awal awal, mana taw esok dah dewasa leh jadik photod terulung. Mudah mudahan aminnn

Comments are closed.