Kek Buah Kukus atau Kek Kukus Buah?

hari rabu lunch ngan ida kat kupang.
walaupun satu office tapi nak jumpa si ida nie amatlah haihh payahnya.
bz sesokmo…
sebab aku nak bagi perfume yang hamid bagi tu, harus buat appointment lunch sekali ngan ida.

makan kat kupang saja.
sesambil makan sesambil update memasing gitu gini.
aterrrr banyak nau berita terkini hiburan sensasi ko ketinggalan kan ida..
tu la, malas lagi baca blog aku.

kata ida…

yang baca blog ko tu, ialah peminat.
aku nie kawan ko, bila baca blog tu rasa macam peminat, bukan kawan.

yer la ko tu kan ida..
apa, jadi kawan tak boleh baca blog meh???

ida nie berjiwa seni dan sastera sikit.
so kalau nak borak apa apa, harus ko kena memahami betul apa yang dia cakap.
banyak tersirat dari tersurat.

oh di hari kejadian aku makan bihun sup daging & air laici.
uishhh setapppp…
sehingga ke titisan terakhir aku hirup sup nya.

sebelum balik ida bagi aku kek buah kukus.
eh kek kukus buah.
eh.. ntah.. taktau mana satu betul.
ida pun keliru.
sedap okkk kek buah nie…
ngap ngap aku bedal sensorang…
bagi encik z sikit jer, yang lain aku kasik licin.

ida, tak sangka plak ko ada bakat terpendam buat kek kukus ini.
nanti buat lagi eh! heeee….

ok itu jer. sekian terima kasih.

8 thoughts on “Kek Buah Kukus atau Kek Kukus Buah?

  1. ada lagi kupang tu hek ? [tp ye la kan, nak pegi mana kalau xdop…hahaha] tp klau nk makan kt situ dedolu kena kuor kemain awal, lau x mmg hazab nak nunggu…huhuhuh

    akak pon konpius nama kek tuh…..huhuhuh

  2. my mom’s favourite nih…sy pun suka gaks lbh lg kalau my mom yg buat…air tangan mak kan…lain sentuhan rasanya gitu…heheheh…semua org sure setuju (suka makan masakan air tgn mak mrk)

Comments are closed.