Kayu ke Empire ke Pelita

2 minggu lepas caca masuk hospital.
4 hari jugak lah kiranya bermalam. takde yang kritis.
cumanya dia cirit birit tak henti henti.
so doktor tahan sebab nak monitor perut dia.

tapi 4 hari tu jugak la aku tak sempat nak visit dia.
hari yang dia discharged, baru la ada kesempatan.
so instead of pergi ke hospital sinun, aku jumpa caca kat restoran kayu di taipan sana.

sampai kat mamak, dia tengah amokan puaka.
baru bangun tidur so meragam jer la jawabnya.
takpe, kena buat buat taktau dulu.
lama lama enjin dah panas baru la dia nak menepek ngan kita.
menepek yer bukan menetek. heh.

masa nie macam malu tapi mahu gitu.
mommy dah boleh baca dah rentak awak caca oii..

dari kayu semua pun zass ke empire.
mau ke toys r us. abang long ngan kaklong sudah janji mau beli toys untuk caca.
sempena apa? errr wallahualam.
sempena suka suka la kot kan.
perlu ke ada sempena apa apa kalau nak beli toys untuk anak yer dok?

korang tau tak ada gelongsor panjang nie kat empire?
hari tu ada aku tengok kat forwarded email.
tapi takde kerja la weh aku nak naik mende alah nie.
gayatttttt…. namo namoo…

eh lupa nak bagitau, abang der ngan lisa pun ada.
seorang pramugari. seorang pramugara.
dan dua dua adalah dua insan sedang bercinta. ewah.

sampai je kat toys r us, apa laga… bertebaranlah caca dok tengok toys itu ini.
pastu paksa paksa aku ngan lisa main pedang.

kemudian suruh aku duduk layan dia main lego piula.
sambil mulut membebel tak henti henti.

tak sah la kalau tak buli ayah mi nya.
ayah mi yang sokmo rajin melayan. tak kira caca mahupun yaya.

end up beli permainan yang ala ala play doh.
tapi bukan jenama play doh. jenama murah sikit.
aku beli jugak satu untuk yaya 🙂

dari empire sambung lepak kat pelita plak.
pekena sup lidah.
tapi tak berapa sedap arh sup lidah sini.
kat dorai jugak la yang terbaik oh…
lama plak rasa tak lepak dorai ermm…


: : budak yang cirit birit tapi sekarang sudah sihat : :

ok itu saja. sekian terima kasih.

12 thoughts on “Kayu ke Empire ke Pelita

Comments are closed.