Wedding Remember & Soon Thoe

hari sabtu gi wedding remember & soon thoe kat palace of the golden horses sana.
gerak dari jasmine kul 6.45 petang. memang terlambat.
plan asal nak gerak kul 6 petang.
apasal yang jadi lambat?
dress yang aku nak pakai malam tu tetiba buat hal plak.
masa aku nak iron tetiba nampak banyak bintik bintik kuning.
ingatkan belah dalam jer, rupa rupanya kat belah luar pun ada..
tensi oiiii… terus rasukan ablasa.
sib baik la dapat suami yang amat la penyabar nya.

mana nak cekau baju pun dalam keadaan masa kecemasan gitu.
so sarung je la dress hitam ngan stoking hitam.
moral of the story, lain kali sila check baju yang nak dipakai sehari sebelum event yerh..

hujan melebat. jalan pulak sesak ya hamponnnn…
tah mana mana jalan encik z cilok sana sini.
sudahnya kul 8 malam gitu baru sampai.
sib baik majlis lum start lagi.
gi register, amik nombor meja dan bagi angpau.


: : doorgift coklat yang comel lagi lazat. sampai 4 kotak aku bedal : :


: : menu : :

majlis dimulakan dengan tayangan slide gambar gambar remember & soon thoe.
pastu ada video ucapan ucapan dari kengkawan dan sedara mara.
ek eh, video kitorang pun ada.
kak as, hasin, naza dan aku. 🙂

pengantin masuk dari dua pintu berasingan dengan menyanyi.
lagu apa ntah. tak ingat pulak. tapi berduet la mereka menyanyi.
kemudian bagi ucapan.

dan kemudian, makan time!
ada 9 hidangan makanan ko.
ala, macam annual dinner office.
makan la ko sampai santak.


: : scary plak aku tengok kepala naga nie bebetul depan muka aku : :

aku & encik z setable ngan syira (yang nampak lain sangat malam tu. so cantik!!!!)
pastu hasin & rizal, kak shida, tunku & anak nya.
masa nak snap gambar nie kebetulan encik hizzad lalu, so kasik snap seround.

tetengah makan tu, remember turun jumpa member member.
so sempat lah snap gambar ramai ramai ngan dia dan bajunya yang ala ala ekor alien itu.


: : semua sedang mengkagum : :

betul tak aku kata cam ekor alien kain dia? he he.. jahatnya aku.
tapi lawa oh baju dia nie.
aku berangan pakai dalam mimpi je la.. :p

ok sambung makan lagi.
ada ikan. pastu ada ayam.
aku tak tambah pun.
apa yang staf hotel tu letak, itu jer aku bedal.

pengantin menghilang sebab gi tukar baju.
lawa oh baju cheongsam si remember.
very authentic gitu.
diorang naik stage potong kek. pastu ada nyanyi jugak lagi.

kemudian upacara nie. aku taktau nama.
tapi diorang tuang air dalam gelas banyak banyak tu.

kemudian yammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmsenggggg…
ok first time aku tengok dan joint upacara yamseng nih.
tapi aku yamseng air suam je la kan.
ada jugak yang yamseng chinese tea. eh coke pun ada 🙂

abaikan rambut aku yang kejung berus dawai itu….

2 thoughts on “Wedding Remember & Soon Thoe

  1. cantik betul remember tu..kak mya pun apa kurangnya…oh tuang air dalam gelas banyak2 tu maknanya..moga perkahwinan merekakekal dan beranak banyak2 eh banyak anak..eh sama la kan?

Comments are closed.