Wedding @ Flamingo Hotel

sabtu lepas ada wedding kat hotel flamingo ampang.
encik z punya cousin.
so dari lanai lepas goal setting hari tu, aku gegas balik rumah siap siap segala.
kena drive sendiri gi flamingo sebab encik z sudah berada di sana seawal jam 4 petang. dia amik gambar uolls..

walaupun dah lebih lapanploh kali lalu DUKE tu, tatappp la sesat barat jugak aku.
memula terlepas simpang, pastu termasuk highway ke KLCC sana.
dah sampai, parking lak jauh. ini bebetul boleh mendatangkan amarah. heh.


: : kad kahwin : :


: : doorgift : :


: : menu : :

dah berarak, bersanding segala, tiba lah masa makan.
dimulakan dengan sup ayam yang sedap.

ada nasi jugak. tapi aku tak amik nasi.
dah malam pun kan. so ratah ratah lauk sahaja.

tapi yang paling sedap pencuci mulut nie.
aku taktau apa dia. tapi bubur la, pastu ada biji biji bebola kenyal tu.
ngan nangka. perghhh.. terangkat gila.
sampai 2 mangkuk aku bedal, yer la portion encik z.
dah dia sibuk amik gambar kan..
takkan nak biarkan begitu saja lagi semangkuk tu. harus dibedal.


: : bunga telur dari atas pelaminan : :


: : bersanding : :


: : makan beradap : :


: : potong kek : :


: : tahniah nana : :


: : ada pun sekeping gambar encik z : :


: : kaum keluarga kerabat encik z : :


: : with pengantin & biras ku eina : :


: : eina yang sengal : :


: : mak saudara & mak encik z : :

dipendekkan cerita, wedding pun berakhir. tiba tiba kan.. he he..
dengar katanya hantaran RM30,000 ko.. nangissss…
pegawai beso kat citibank.

si husband plak anak yatim piatu, asal dari sabah sana.
untung la ko nana. tak payah pening kepala hal mertua ipar duai bagai.
matikk la statement membunuh diri. miahahhahaa…

selamat pengantin baru faiz & nana.
semoga kekal ke akhir hayat. amin amin..

sesiapa berminat nak cari jurugambar untuk wedding, bertunang, apa apa majlis lah, boleh try contact contact shafiqgani.
details semua ada kat bawah nie.
jangan lupa kata aku yang recommend okeh?

8 thoughts on “Wedding @ Flamingo Hotel

  1. biji2 yang kenyal2 kaler jernih tuh namanya biji sagu…selaluya org letak dalam bubur..ai suka gak..dolu2 masa kecik2 rajin sebut berudu..hehehhee. Tp klu masak isi dalam bubur biji sagu tuh jangan letak banyak sgt…nanti kuahnya jadi pekat likat..tak best..

  2. yg dessert tu kalau tak silap nama dia ‘marakot’ kot..kalau mkn kat Thai Restaurant Taipan ade tu..mmg sedap!

Comments are closed.