Tindakan Kurang Bijak

hari nie aku kerja. yer lagi.
minggu lepas sabtu kerja. hari nie sabtu pun kerja juga.
tapi sekali lagi ditegaskan, aku tak komplen yerh.
aku melakukan kerja lebih masa ini dengan penuh kerelaan dan keikhlasan di hati.

tapi sebelum datang kerja tadi kan, aku sudah terjebak dengan kaktin.
seawal pagi kaktin sudah roger roger aku.
ajak gi melawat jue yang baru lepas melahirkan.
congak congak masa, aku rasa sempat la kot.
walaupun patutnya ada kat office pukul 9 pagi.
tapi pukul 9.30 pagi aku baru bangun tidur. cena?

ok abaikan soal itu. sampai kat office, kaktin sudah menunggu.
pastu aku pun tanya la kaktin, jue tau ke kita nak datang nie.
kaktin kata ko call dia.
aku cakap, aku takde nombor handphone jue.
ah sudah. kaktin pun takde nombor handphone jue jugak.

menggelupur la kitorang call sana sini.
ramai plak tak jawab call kan… dan yang dapat call, semua pun takde nombor handphone jue. gempar gempar….
akhir sekali, try test call sorang hamba Allah nie.
hamba Allah nie contact hamba Allah yang lain.
akhirnya dapat la nombor handphone jue.

tapi yang bestnya, waktu tu kitorang dah sampai bawah apartment jue pun.
call punya call, rupanya jue berada kat hospital. babynya jaundice.
bijak kan tindakan aku dan kaktin?
nak gi melawat orang baru lepas bersalin, nombor handphone tarak.
apartment tau, tapi tingkat dan nombor rumah taktau.
ish ish ish…

tapi untuk tidak menghampakan korang readers ku yang setia,
disertakan rupa paras Mohamad Ammar Aryan yang sedang menari cha cha.
ke menari tango?

yang nie plak fresh fresh dari perut ibunya.
11januari 2011. kelass ko kan kak juju, siap boleh pilih date lagi. i loike..

oleh sebab tak dapat pi melawat jue & babynya, aku ngan kaktin melencong ke midvalley jalan jalan cuci mata.
hampir juga bergaduh dengan seorang amoi kerana berebut parking.

pastu kaktin hantar aku balik office.
12.30 tengah hari baru start buat kerja oh..
mendapatla ko normaya siapkan kerja sampai lewat petang.

dan akhirnya.. kejap kejap tadi baru kerja sudah siapan.
tapi siapan untuk hari nie jer la..
kalau ikutkan banyak lagi oiii… terutamanya filing. tsktsktsk…
nanti nanti la sambung laie…

sekarang saya mahu pulang lah…
kesian suami saya terdampar seorang diri di rumah.
sabar ya kakanda… adinda bekerja mencari sesuap nasi..

malam nie kalau masak sambal udang & bayam tumis air pun sodap kan..
happy weekend semua… 🙂

10 thoughts on “Tindakan Kurang Bijak

  1. Berebut parking? menang ke kalah? kalau kalah harus aku campur tangan. Mana boleh keturunan kita kalah begitu sahaja. *mode darah pendekar membara

    • pasti la menang uolssss
      terjerit2 aku ngan kaktin dalam kereta.
      siap kaktin hon panjang lagik hiksss

Comments are closed.