The Tourist

ini kisah ahad lepas.
eh bukan ahad semalam tau. tapi ahad lepas.
sila baca l e p a s. minggu lepas. berlepas. ek eh..

encik z kerja hari ahad tu.
petang dia balik, terus sesiap keluar.
mau cari makan. kata dok sensorang, so malas nyerrr sayer mau memasak.
makan maggie saja.
jadi di petang hari harus menggelitik kelaparan.

kami ke wangsa walk mall.
tiba tiba terasa mau menonton the tourist.
hari tu kan tak dapat nonton kat midvalley sebab full house kan, so nontonlah kita.
eh sebelum nonton makan dulu kat A & W.
kenapa A & W? ntah ler.. dah suami saya nak makan kat situ..
i follow je lah…

lawa bebenar angelina jolie nie kan..
dah la lawa, sexy… stylo plak tu… mengkagum betul haku.
korang pun sure ramai dah nonton filem the tourist nie kan..
aku rasa jalan cerita nya cam kurang lebih cerita penyiasatan yang lain.
tapi yang jadi istimewa extra sebab angelina jolie & johnny depp la kot kan…

aku suka dia punya statement yang pasal syiling mak dia bagi tu.
dalam diri setiap manusia ada sifat baik dan sifat jahat.
juga ada masa silam dan masa depan.
untuk mencintai seseorang, kita kena accept semua yang di atas tu .
cool kan?

lagi 5 minit movie nak habis, ernie call.
dia ada kat area wangsa walk mall dengan ernie suriana.
tetiba kan ko boleh muncul kat situ. seperti magis lagaknya.

encik z drop aku jumpa diorang, pastu kami ke old town white coffee kat rampai business park.
aku dah mengenyang, so minum saja.

lama jugak melepak. sampai dekat kul 1 pagi.
walhal esok kerja nie. tehehhee..
so borak borak pot pet pot pet gitu gini…
pastu baru la gerak…

kesimpulannya, sila lah bersyukur. *tiba tiba
ernie, bersyukur tak? ekekkekee….

6 thoughts on “The Tourist

Comments are closed.