Si Blogger Yang Berlagak Diva Tapi Sebenarnya Penakut

khurafat time!
eh eh.. salah tu normaya.. silap pemahaman boleh terpesong tu.
ok ok.. watching khurafat movie time! eh betul ke ayat aku tu.
macam terpesong jugak.
ok gunakan bahasa melayu rasmi sudah.
waktu untuk menonton filem khurafat! haaa… betul betul betul…

kenapa lah ada 4 tiket?
sebab ai menonton dengan blogger yang kekwat berlagak diva tu tapi sebenarnya penakut.

kak shyda & ira, mintak mahap jer la yer sebab lambat update.
tau jer la normaya nie memang kelembapan sikit nak update on time.
harap harap korang tak nonton lagi laa…
so boleh la amik review kat sini sebagai bekalan untuk menonton. eceh.

khurafat nie mengisahkan johan yang sudah jumpa bomoh sebab mau menackle anna. kerana pada awalnya anna sudah menolak mentah mentah akan niat johan untuk berkenalan dengan beliau.
iskkk.. kalau aku la, jejaka macam johan nak berkenalan, awwwww silap silap pengsan aku kat situ.
suara macho, kacak, anak datuk (ek eh)

anna nie pun satu, kot kalau kata ko taknak kat johan pun, cakap bebaik takleh ke? nie nak main simbah simbah arak apa kes…
macam la meletup nau rupa paras ko.
ok la ok meletup la dari haku. tapi boleh tak cakap bebaik…

jadi setelah johan dimalukan di hadapan masyarakat, johan pun pergi lah berjumpa bomoh untuk dapatkan minyak senyonyong.
disentuh nya kat belakang anna.
besoknya anna terus datang carik johan siap peluk u..aww…

hah, tapi ko jangan ingat senang senang jer johan dapat minyak senyonyong tu.
syaratnya, johan tak boleh tinggalkan anna.
kalau tinggalkan jugak, kira melanggar perjanjian la.
ko tau la jin syaitannirojim nie semua, mesti la diorang nak balasan kan.
takkan baik hati nauu depa nak bagi minyak senyonyong nie free kan..

tapi setelah 4 tahun berkawan, johan sudah tinggalkan anna.
tu pun salah anna jugak laa..
sebab namo berubah menjadi wanita muslimah.
gi clubbing, minum arak, hisap rokok gitu…
johan dah banyak kali bagi peluang, tapi anna namo berubah.
so bye bye anna. kata johan.

tapi berbalik pada perjanjian johan dan bomoh marang kerapu kepunden parang skepter tadi. haruslah pendamping anna tu rasukan ablasa.
sudah mungkir janji kan…
nak jadi cerita plak, si anna bunuh diri.
ermmm… lagi mendapat la ko johan.

jadinya pendamping nie pun menggangu gugat la kehidupan johan & wife nya.
apa ke nama wife nya.. haaa.. aisyah lakonan liyana jasmay.
muncul la kelibat2 hantu yang berwajah warok.
aku suka betul la ekspressi muka johan masa dalam ketakutan.
dia pejam mata, bernafas laju bagai bernafas di dalam lumpur.
kejapkan bibir.
itulah rupa paras ketakutan uolls.

ada ke ko kalau takut nak jerit jerit macam orang gila?
sebab kalau aku la.. kalau aku takut, aku memang akan diam jer.
tapi jantung dag dig dug ko takyah citer la.
teringat filem mistik dulu… semua ramai ramai menjerit.
hoi! bingit telinga ok..

ada aku baca kat blog mana ntah.
dia kata tak logik johan nak dukung mayat anna dalam hutan rimba tu.
dah jadi gitu, baik la johan cabut lari je kan..
heyy… ko mana tau..
itu la kasih sayang seorang kekasih. ewah..
kira dia tau dia yang bersalah.
dia yang menyebabkan anna bunuh diri.
thats why dia sanggup dukung mayat anna yang sudah berbungkus kain kapan itu.
ko mampu?????

pastu scene flashback masa johan lari tu pun best.
cara johan lari tu pun cam bebetul nampak orang yang macam dah keletihan. dan tak larat tapi gagahkan diri untuk berlari.
dan endingnya….. ko kena la nonton sendiri..

tapi moral of the story, ko jangan la sesekali jumpa bomoh kalau kata ko dah tangkap cintan cintun ngan sesapa pun.
kalau orang dah tak suka, ko blah angkat kaki sudah.
dan yang perempuan plak, kalau ada lelaki dok ngorat ngorat ko, ko jangan lah simbah air arak ke, air tebu ke, air kelapa ke.
ludah pun jangan tau. bahaya.
aku pernah dengar orang buat santau melalui air ludah. takoooottt…

kalau ko menyampah ngan mana mana lelaki, just bagitau bebaik.
kalau dia mendegil gak, errr.. errr.. haaa ko suh dia nonton filem khurafat nie. ekekeeke…
aku bagi 4 out of 5 bintang.

filem nie memang banyak terkejut kejut oh.
tapi berkat pengalaman aku yang dah lebih lapanploh kali nonton filem seram, so memang boleh agak la kat mana momok akan muncul.
tapi banyak kali yang aku terjerit bukan sebab momok, tapi sebab blogger diva sebelah aku tu dok terpekikĀ  pekik.
waktu ada momok, boleh dia bukak spek dia supaya tak nampak screen?
ish ish ish…
penakut jugak ko kan kak… hik hik hik…

usai movie, kami gi melepak kat NZ kejap.
tit tot tit tot berborak gitu gini.

so kak, pasni kita nonton filem seram lagi amacam?
ada berani?
hang kata hang tera… :p

29 thoughts on “Si Blogger Yang Berlagak Diva Tapi Sebenarnya Penakut

  1. hehe..nasib blom tgk lagik..review cam best je..sume ckp seram..seram sgt ke kak?da la bab2 cite antu ni sy takut sket..mmg tutup mate tutup telinge kot bile tgk nnt..:)

  2. …nak tgk….ari rabu….hehehehe…
    selalu klu kat umah, bila time seram kena jejalan nak kurangkan stress seram….asanya klu pi panggung ni kena bawa kain selimut kot, nak tutup muka…hahahahaha

  3. Citer filem kan Mya, mana la nak logik semuanya (berckp ttg ada org kata tak logik angkat mayat berbungkus kapan tu la).
    Bagi kita pilem ni mmg oke la. Asik nak bagi terkejut kan org je. Masa Johan kat dlm utan tu siap kita lak yg baca ayat kursi. miahahahah.. bes! bes!

  4. Aiyooh!! Baca sinopsis pon dah seram.. akak rasa.. kalo akak g tengok mesti same jer dgn kawan yang dok seblah ko tuh!! Malah.. mungkin lagi teruk!! hahahahaha.. takpe lah… akak sodallahhulazim jelah nak tengok citer nih…

  5. pasnih
    kalau ko ajak lagi blogger perasan diva kekwat nih pi tengok citer seram
    huh, aku koyak2kan jer tickets ko

    aku berani tang tu je lah
    gila nak tengok lagik!

    hampehs ko sampai bermalam2 aku terkenang hokey!
    dahlah laki mak after that pi outstation

    ko mmg nak kena makan saman merah tau!

    anw tq nyah
    for the tix seram koooooo!

Comments are closed.