Senget Benget! Cho ho hoiiiiiiii…

tajuk senget benget takde kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah tiada yer.
senget benget tu aku tujukan pada blogger.com yang asyik la gambar gambarnya senget benget bila aku upload. choiiiiiiii…

tu yang jadi tertonggeng tunggak entry kisah cuti cuti aku ke langkawi tu.
bila aku upload gambar asyik senget ke kanan.
kadang-kadang senget ke kiri.
iyer iyer. aku dah rotate dah. dah banyak kali aku rotate.
save, pastu upload lagi. still jugak senget.

kemudian fedap sudah!
check dot com aku nie punya disk space usage: 2211MB / 10000MB (22%).
ek eh banyak lagi rupanya.
yer la mau tak banyak aku kan baru upgrade pakej hari tu. heh.

so cerita langkawi kita sambung kat sini yo.
nasib korang la kejap ke sana kejap ke mari.
tapi bukan susah pun kan. cuma dengan satu klik.
zass zasss gitu iyer?

lepas makan laksa power, cuaca nampak cam agak mencerah.
encik z ajak pi makam mahsuri.
aku dah penah datang sini so takde la heran sangat.
tapi encik z tak pernah sampai.
so ke sana la kita iyer.

memula gi muzium mini. yang memaparkan kisah mahsuri dari kecil sehingga dewasa. takleh snap gambar, so nan ado gambar.
pastu jalan jalan kat luar.
ada pertunjukan silat oleh budak-budak kecik nie.
comel jer semua..
pastu terus haku berangan angan kalau ada anak lelaki nak suruh dia belajar silat jugak. heheh..

telaga mahsuri.  amik airnya buat basuh muka.
kot la jerawat semua boleh hilang *tiba tiba

inilah dia makam mahsuri.
wanita yang difitnah.  wanita teraniaya.  mangsa manusia yang berhati jahat.
sob sob…

aku try minum air nira kelapa pandan.
yekkk tak sedap.  rasa cam minum air duri bley?
mencucuk cucuk tekak. rasa macam kena racun pun iyer.
jadiknya say no to air nira kelapa pandan. huhuu…

dah puas jalan ala kadar, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya.

baru 3 minit perjalanan, hujan turun melebat oh…
nangisssssss…….
sib baik dah spare baju hujan nipis aka ponco ini.
so kasik sarung.
selamat sampai balik kat pantai cenang dengan keadaan kebasahan sederhana.

stop kat the zon duty free.
borong coklat lagi.
harga coklat lagi murah oh kat sini berbanding kat haji ismail group sana.
takde la beza banyak. dalam seringgit gitu.
tapi still beza la kan?

kasih seorang suami.
ewah eceh eceh ecehhhh….

masa nie kan ada peristiwa kelakar terjadi.

helmet kat bawah nie encik z yang pakai.
bley waktu dia nak bukak helmet tu, yang belah dalam sudah tertanggal.
so melekat kat kepala dia.
aku memula cam blur. cam ek eh napa helmet laki aku nie jadi kaler putih plak?
bukan tadi kaler merah ke?
lepas beberapa saat baru terperasan, laaaaa sudah tertanggal rupanya.
apa laga, terus tergelek terkekek kekek ikan kekek mak eloi eloi ler haku.

kerana mulut santan binasa. kerana mulut kepala binasa.
terus diletak helmet dalam yang tertanggal tu atas kepala aku. chaittt…

apakah yang terjadi setelah aku didera sebegitu rupa?
adakah aku merajuk lalu terus lari pulang ke kl?
atau adakah aku lari laju laju lalu terjun ke dalam laut?
atau adakah aku terus berhenti menulis blog? *takde kena mengena.

ok kawan-kawan, bersambung esok….

16 thoughts on “Senget Benget! Cho ho hoiiiiiiii…

  1. klu ai..dah guling2 golak kat situ…hehehe kelako..so masa pulang moto..bgtau tak pada owner pasai helmet..hahahaha*samb golak 😉

  2. kak kite pon baru balik dr langkawi… 🙂

    mmg hj ismail mahal sikit…rasanya mahal byk kot :p

    erm…air nira kelapa tu x sedap…try laksa kat situ pon x sedap…sedih lak baca kisah mahsuri teraniaya kan…owh…

    tp kelakar la pasal helmet tu hahahhah

Comments are closed.