Mohammad Coklat vs Nur Vanilla

perbualan bersama caca.
sila take note caca tu anak saudara aku yang berumur 4 tahun yer…

awak dah tau ke awak dapat adik boy ke girl?

dah tau dah. girl.

ooo… nanti nama dia apa?

nur vanilla.

ha? apa dia?

nur vanilla!!

kenapa nur vanilla?

sebab caca suka makan aiskrim vanilla.

haiyaaa…

habis kalau katakan dapat adik boy?

bagi dia nama mohammad coklat la..

mohammad what? coklat?

ye la mommy. mohammad coklat. sebab. caca suka makan coklat 😀

beberapa minggu selepas itu….

so. jadi ke awak nak bagi nama nur vanilla kat adik awak?

ermm.. tak jadi la mommy. dah tukar.

dah nak tukar nama apa pulak?

siti norhalija.

siti what? siti nurhaliza? haiyaa…

bila masa ibu nak bagi nama siti norhalija ha??? <<— kaklong menjerit dari dapur.

hai caca oh caca…
esok esok dah dapat adik gimana la plak romannya perangai kamu yer..

14 thoughts on “Mohammad Coklat vs Nur Vanilla

Comments are closed.