Memula Kamera, Pastu Handphone Lak

nie cerita tahun lepas. aku ngan encik z amik half day leave.
selain untuk habiskan cuti, juga kami ada urusan.
mau gi pejabat JAWI. bukan ada masalah yer anak-anak.
jangan ko speku plak.
kami mau buat kad kahwin. udah setahun kahwin, kad tak buat buat gak.
so ke sana lah kita.

memula amik nombor, tunggu nombor dipanggil.
pong pang gitu gini, amik gambar..

senyum laa.. apa pasat tamo senyum la amoi?
i nervous u. tetiba nervous. apa kaitan ntah kan.

muka aku sebesar rumah. tak aci la, gambar encik z dia amik jauh.
makanya muka encik z nampak kecik la.
tang gambar aku dia zoom dedekat plak. ini tidak adil. hmpff hmpfff..

tetiba ternampak sesuatu.
ek eh macam ku kenal tapi di mana ya…

hah.. ustaz murshidi yang nikah kan aku ngan encik z hari tu la.
glamer ko ustaz muka ko terpampang kat sini.
ustaz muda. senyum jer manjang. tak banyak tanya dan tak banyak songeh.

dari JAWI kami zass terus ke shah alam.
encik z mau collect gambar konvokesyen dia. dah lama nau terperap kat uitm shah alam nun.
berapa lama dah eh.. setahun setengah ada kot.
nanti nak amik gambar konvo aku kat taiping, sekalian nak frame ngan gambar konvo encik z nie.
gantung kat wall. 😀

masa kat pejabat JAWI tu lagi aku dah start naik hantu pasal handphone aku nie.  tak tau la apa penyakit nya, dia cam automatic dok connect ke internet.

cek punya cek, rupa rupanya internet aku tak off dari malam tadi uolls.
cek bil tengok, sehari semalam dah RM50 bil aku! apa kaaaaa…
terus aku bebel bebel kat encik z.
dia ajak gi nokia service centre kat 1 utama nun sebab kat situ bukak sampai kul 10 malam.

so ke sanalah kita.
lepas orang nokia tu cek gitu gini katanya masalah software.
amik masa 3 jam ko nak betulkan balik.
nak taknak kena la kan.. sebab handphone aku tu memang dah gila.
dah la baru beli pulak. grrrr…
sib baik adik nokia ni hensem kacak bergaya.
jadi bersabar jugak la di situ *takde kena mengena

lama ko 3 jam. hazabbbbbbbbbbb…
ajak encik z tengok movie tapi dia namo.
so berjalan jalan je lah kitorang dalam 1 utama itu.

hasilnya dapat beli sut blazer jenama carven ong.
pastu beli sepasang heel vincci.
aku minat yang belah kiri tu, tapi takde saiz la plak uolls.
paling kecik saiz 9.
jadinya terpaksa bangat beli yang belah kanan ittew.

3 jam berlalu, collect handphone dan kemudian chow chin chau pulang ke kampung halaman.
eh, pulang ke apartment jasmine ku.

sekarang handphone dah ok.
memang laju berdesup desap takde kejung bagai dah.

18 thoughts on “Memula Kamera, Pastu Handphone Lak

  1. henpon e5 fiza pon buat hal gak la kak mya. hangin jek. masuk nokia care tu jugak. sebulan katanya bru siap. hampassssssss betui.

Comments are closed.