Makanan Di Hari Menjadi

hari ni bukan saja hari aku menjadi. baca :hari jadi.
tapi jugak dah 3 bulan aku di department baru nie.
alhamdulillah… memang takde masalah besar besaran.
masalah kecil kecilan tu biasa lah kan. mana-mana ko kerja pun pasti ada masalah.
tak gitu..

kiranya kalau ko kerja tempat baru, 3 bulan tu tempoh nak confirm tak confirm la kan.
makanya bersempena hari menjadi aku yang ke 32 tahun & 3 bulan kat sini, aku belanja la rakan rakan sepejabat.
tapi idok ler belanja besar besaran.
ikut kemampuan ๐Ÿ˜€


: : nasi lemak bungkus & air kotak : :

tapi aku tak makan nasi lemak nie.
aku pi cafe makan salad & minum bliss.
agak keji la kan. bagi orang gemuk dengan makan nasi lemak.
tapi diri sendiri mengelat makan salad jer. he he he..

lunch time keluar ngan kaktin pi parlimen.
eh eh jangan ko ingat aku ngan kaktin nak berbahas berpidato bagai plak kat parlimen.
kami ke parlimen sebab mau berjumpa kak pnut.
aku sudah order cupcakes dari beliau.

amik cupcakes, pastu hi hi bye bye je ngan kak pnut.
kami melencong terus ke lanai untuk lunch.
agak berjudi jugak la sebab tak reserve hapa.
terus terjah jer.
rezeki birthday aku gamaknya, kebetulan ada satu table tu dah nak gerak.
so, yeay dapat seat!


: : asam laksa : :

berborak pot pet begitu begini seperti kebiasannya lah.
tak amik dessert sebab pikir nak nelan cupcakes di bawah!
aku amik sikit untuk encik z, kaktin, payiet & untuk diri sendiri juga.

comel kan cupcakes nie?
ramai budak budak office aku cakap cam sayang nak makan. hiksss…

demikianlah kisah siang hari daku di office dan makan makan di hari menjadi.
malam nie ada program jugak…

happy nya saya…. ๐Ÿ™‚

12 thoughts on “Makanan Di Hari Menjadi

  1. kak mya…x terlambat lagi rasanya lisa nak ucapkan happy sebeday kat akak..moga murah rezeki…moga dikurniakan baby comel x lama lagi…aminnn..

Comments are closed.