Graduation & Convocation Yaya : Part 1

ok nie aku nak bayar hutang entry aku kat yaya.
graduation & convocation yaya.
eh sama ke lain eh graduation & convocation nih?
belasah je lah eh.. apa apa je la kan..

peristiwa nie berlaku hujung bulan 10 hari tu.
lebih tepat 31 oktober 2010.
masa korang dok buat entry anak-anak korang convocation tu, aku meronta ronta je nak buat sama, tapi tu la asyik dok tertangguh tangguh sebab nak pilih gambar dan nak resize gambar punya pasal.
tapi better late than never kan.

oleh sebab ada banyak sangat gambar, so aku pecahkan pada 3 entry k.
ok kita mulai ya anak-anak.
yaya tadika 6 tahun kat tadika anis, taman long jaafar.
sepelaung jer dari rumah mama.
kira nak jalan kaki pun boleh jer.

graduation nya nie dibuat di hotel ssl traders kamunting.
kelas ko baru tadika dah buat kat hotel bagai kan.
boleh masuk free 2 orang jer. lagi sorang kena bayar lah.
sebab standard la 2 orang untuk mak apak je kan.
kalau adik beradik kaum kerabat lain nak datang, sila lah bayar RM20 sekepala.

masa memula nampak yaya masuk kat dalam hall nie, aku tak perasan dia oh.
lain benau anak aku bila bertudung cenggini.
cam anak cina.
dia selalu merajuk kalau mama ejek ejek dia anak cina 🙂

aku sampai agak awal, so dapatlah cop tempat dan duduk depan.
yang datang lambat tu, memang menjauh ke belakang la dema duduk.

nombor bertuah aku 123.
ko tengok aturcara majlisnya. bersusun panjang program oh.

kita mulakan dengan acara yang pertama.
aku taktau la benda alah nie diorang panggil apa?
tah ala ala pentomin kot? sebab nak kata drama pun bukan.
diorang buat solat subuh dan bacaan.
pastu ada selit selit cam ayat ayat bertaubat gitu.

kiyut kan mereka?
semua wajah suci murni sangat sangat.

acara kan aku kata tadi banyak gila.
tapi aku tulis yang yaya masuk jer lah..
banyak jugak budak kecik nie masuk.

acara ke 2 dia masuk ialah nasyid.
ada la dorang nyanyi lagu nasyid tapi harus harus aku tak ingat sudah.
semua kena pakai baju pinky pinky. i like.. 🙂

ok TBC..

6 thoughts on “Graduation & Convocation Yaya : Part 1

Comments are closed.