Bye Bye Pulau Langkawi

akhirnya sampailah kita ke entry terakhir kisah cuti-cuti aku di langkawi yang separa ditaja.
akhirnya… akhirnyaaa….

pepagi bangun, cuaca mendung tapi tak hujan.
aku mau cari gamat oh.
tak sah la kalau ko gi langkawi tak beli gamat kan..
ada orang kirim dan ada jugak aku beli nak bagi ole ole kat orang.

bersepah sepah orang jual gamat, tapi aku pegi yang kat sini.
kat simpang temoyong.

aku keluar tanpa mandi.
sebab cam alah kang mandi peluh peluh nak naik motor kan.
so keluar dulu cari gamat, balik baru mandi.
tapi walaupun tak mandi aku dah sembur perfume banyak banyak.
jadi tidaklah bau asyemm..

antara yang diborong.
ada bedak sejuk.  sabun gamat, minyak gamat dan rokok resdung.

balik resort, encik z gi pulangkan motor.
motor tu encik z sewa tak silap aku RM20 kot sehari.
sementara encik z gi pulangkan motor, aku pun mandi dan packing lah barang barang yang melambak.
sib baik aku bijak cam kancil.
semua barang pun muat aku sumbat dalam beg. *sambil buat muka kekwat

pastu camwhore sekitar kawasan resort yang indah ini.
ada sesapa kawan seoffice aku yang belum sampai kat sri kijang?
sila lah masukkan dalam percutian anda di masa depan yerh..

ek eh ada jugak suamiku si hitam manis si tampuk manggis..

kemudian check out.

kemudian bergambar lagi di sekitar sri kijang.

ini namanya pose ‘pelempangku bukan pelempangmu’

ini namanya cik siti.
baik adik nie. very the helpful gitu.
walaupun aku ada tertanya soalan bangang, tatappp dijawab dengan senyuman.
tetapi di dalam hatinya, Allah saja lah yang tahu.

bergambar lagi dan lagi dan lagi..
nie pun sikit jer aku letak.  kalau rajin aku campak semua kat facebook.
kalau rajin.  kalau kurang rajin, ko refresh lapanploh kali facebook aku pun tatapp tak ada yerr..

ek eh ada lagi suami ku si hitam tampuk manggis.
semakin ku pandang semakin manis..

kemudian call teksi.  lalu teksi pun sampai.
dan teruslah kami menuju ke airport sana.

still aku naik MAS.  encik z naik air asia.
tapi sib baik waktu berlepas lebih kurang jer.
tak silap aku beza flight kitorang dalam 15 minit gitu.
cool kan?
encik z jalan dulu. flightnya sudah tiba.

tak sampai 10 minit flight aku pulak.
pastu dedua pun parking sebelah menyebelah.
cam kelakar plak aku rasa.
cam naik bas kat puduraya romannya.

45 minit sudah selamat sampai di KLIA.
naik erl terus ke kl sentral.
sekejapan encik z pun tiba.

sekianlah kisah percutian 1st anniversary kami di pulau langkawi sana.
harap anda terhiburlah hendaknya.
terhibur perginya…
sekian terima kasih *tunduk hormat

10 thoughts on “Bye Bye Pulau Langkawi

    • akak nak habiskan cerita melaka dulu..
      pastu next week gi lumut.. 🙂

      aha.. awk apa2 tunggu baby keluar dulu yer

Comments are closed.