Aku Memang Tak Suka Kucing. Fullstop.

pertama tama sekali aku nak mintak maaf pada pencinta kucing yang baca entry aku nie. just cant help it la.
aku memang tak suka kucing. titik.

hari tu masa english class, sampai bergaduh gaduh ngan baya.
dia marah aku sebab aku tak suka kucing.
habis dah tak suka kan, nak buat macam mana.
takkan nak pura pura suka plak?
kalau dengan manusia boleh la depan dia kau pura pura suka, belakang kau keji macam macam.

tapi bermotip kah nak pura pura suka kat kucing.
tapi sebenarnya tak suka? saiko ke hapa.

kat tempat makan office aku nie, ada sekor kucing.
selalu aku perati dia tidur kat tepi meja makan.
ada sekali tu dia tidur kat hujung sana.
ok fine, aku duduk nak makan kat tepi meja sini.
elok lepas aku amik makan, baikkk punya dia jalan slow slow datang park kat sebelah aku.
tanpa rasa bersalah sambung tidur.

memang tak la kan aku nak duduk makan kat situ.
harus aku beralih tempat lain.
lantakkan ko sana kucing kalau ko nak sentap.


: : kucing yang dimaksudkan : :


: : kau comel macam mana pun tatap aku tak suka : :

tapi ko jangan salah paham plak kata aku dera kucing ke hapa yer.
aku tak suka jer. so bila dia ngiyau ngiyau sebelah aku, memang aku halau la.
tapi takde la aku tendang or pijak ekor dia ke hapa.
aku diri and suruh sapa sapa halau laaa…

macam jugak la dengan manusia.
kalau aku tak suka seseorang tu, takde la aku sampai nak bomoh santau ke hapa.
tak suka sudah. takpayah sesusah nak buat gitu gini.
lantakkan saja.

kesimpulannya aku memang tak suka kucing.
aku juga tak suka anjing. *tetiba

22 thoughts on “Aku Memang Tak Suka Kucing. Fullstop.

  1. jgn risau, aku pun x suka gak ..
    gmbr2 kucing aku suka tgk ..
    tapi in real life, geli gelemen jek kalau tiba2 ada kucing dtg mengiau .. kalau kucing lompat dkt aku, aku yg balik melompat jauh drpd kucing .. huhuhu ..

  2. dulukan , kty bela banyak kucing masa kecil
    lepas tu bila pindah bangi mak buang semua kucing tu

    dah tua bangka ni , x suka kucing dah
    kalau anak kty si akak tu lagi ler..menjerit2 nampak kucing
    macam nampak bapak rimau

    • heheh nampak kucing dah mcm nampak bapak rimau, kalau kakak nampak bapak rimau mcm mana la plak dia melompat tu..

    • dedua aku tak suka. liar tak suka, manusia tak suka.
      tak suka tak suka tak suka.. tetiba emosi

  3. kita pon sama…nak kata x suka tu idok lerr cam geli geleman jerk. pandang dr jauh bolehla…hihikss

  4. salam,
    saya tiada masalah dengan orang yang tidak sukakan kucing.

    Cuma saya ada masalah dengan orang yang tidak sukakan kucing dan melayan kucing dengan teruk dan kejam.

    Saya menghormati pendirian kamu.

    Semoga satu hari nanti kucing akan buat kamu rasa selesa dan seronok.

    Salam kenal. =))

  5. suka kucing suka kucing tapi babak yang aku tak leh lupakan sabtu lepas aku langgar kucing sampai mati …..saDisss sadiSss

  6. sama la kita kak…saya pun tak brapa suka kucing huhuhuhu…tp suami sy pencinta kucing…dia bawak kucing kesayang dia balik umah…waaaaaaaaaaaaaaa…aper lagi terjerit2 la sy klu dia lepas kan kucing tue..skrg nie klu kucing tue dengar sore sy dia mesti larik jauh2…..hahahahahahahahaha

  7. saya adalah pencinta kucen…saya tk kisah org suka atau tidak kucen…itu hak memasing minat atau suka terhadap sesuatu begitu juga saya…tapi jangan sampai mendera kucen mahupun binatang lain..binatang haram tolak ke tepi..hehehehe 😉

Comments are closed.